Kemarahan Bukan Penyelesaian




Rasanya dah lama IbuNoey tak bertikam lidah dengan orang. tapi kerana rasa diri ini diperlakukan tidak adil, maka tercetuslah perang mulut yang boleh meruntuhkan hubungan. tapi memang tak rapat pun dengan orang tu..

Ya Allah, menyesal pun ada sebab macam dah jadi jahat sangat pulak. tapi puas hati sebab dapat juga meluahkan apa yang terbuku di hati. bukannya apa, rasa diri diperlekehkan. memang IbuNoey ada salah dan silap. tapi yang menjadi terkilan tu, orang lain yang buat salah dan silap yang sama (cuma kurang sikit kuantitinya), terlepas macam tu je.. seolah-olah IbuNoey ni terlalu hina. sebab macam diselidik.. 

Ya, lepas ni bertambahlah seorang lagi musuh yang akan bermasam muka dengan IbuNoey. mungkin bukan seorang bila sekutunya yang lain pun turut membenci IbuNoey. mungkin bukan setakat sekutunya, malah ada lagi orang lain yang tak kenal IbuNoey pun turut benci IbuNoey. yelah, kalau sang musuh bijak mempertahan diri sendiri, mestilah orang yang tak kenal IbuNoey akan anggap IbuNoey yang jahat mulut yang sangat-sangat. (IbuNoey pun jahat mulut jugak tapi berpada-pada laa..)

Erm.. entahlah.. nasib baik ada orang tengah. tapi, bila ingat penjelasan orang tengah tadi, rasa macam masih tak puas hati. tapi mungkin sebab IbuNoey ni jenis yang mudah sangat nak memaafkan orang, jadi malas nak bertekak. kena pula bila orang tengah ni patut dihormati sebab dia lebih tua dan berpengalaman daripada IbuNoey. jadi, bila si orang tengah dah explain macam tu, IbuNoey iyakan je.. lagipun cara si orang tengah lebih profesional. si orang tengah pun dah cakap, janganlah marah-marah. aduhai.. bukannya IbuNoey nak marah-marah. IbuNoey pun tahu, kemarahan bukan penyelesaian. 

Pengajaran daripada kes ini:

  • Manusia tiada yang sempurna. sebab tu IbuNoey pun ada buat salah.
  • Jika ikhlas dalam kerja, pasti takkan terjadi kes pilih kasih atau tidak adil. alasan terlepas pandang sebab banyak keja tu, tak boleh nak terima pakai la..
  • Bukan senang nak puas hati dengan keputusan dan penjelasan yang kadang-kadang macam berat sebelah. IbuNoey terpaksa terima penjelasan walaupun hati kata 'NO!'
  • Jangan suka perlekehkan orang lain. kan dah ngamuk dah..
  • Bersabar selagi mampu tapi jangan sampai kena pijak kepala. itulah jadi kes ngamuk tu..
  • Kenali kesalahan diri sendiri dahulu, baru boleh nilai kesalahan orang lain. sebelum nak marah-marah ni, IbuNoey dah selidik dah siapa yang buat salah yang sama dengan IbuNoey tapi terlepas macam tu je..
  • Berani kerana benar. dia suruh IbuNoey jumpa orang tengah tu, IbuNoey pergi je..

Okey.. dah cukup dah marah-marah ni.. harap jangan dia bagi IbuNoey marah-marah lagi la ye...
Kongsi Artikel Ini :
+
Previous
Next Post »
6 Komen untuk "Kemarahan Bukan Penyelesaian"

Sabar banyak2. Abaikanlah org mcm ni. Klo dorang x nak kawan sudah lah. Kawan blog kan ramai ☺☺

Sabar ye ibuNoey.. kadang kadang elok juga meluahkan perasaan. Baru org taw perasaan kita..

tu la,kak..memang selama ni tak pernah pun bertegur sapa dgn org ni..

terima kasih...kalau la yg lain pun faham..

Kadang-kadang...tahap kesabaran menguji kita jugakkan ibuNoey...baik lepaskan perasaan tue...baru dorang tahu hihihi

Pendapat anda amat dihargai.

 
Copyright © 2014 Langit Berpelangi - All Rights Reserved - DMCA
Template By Kunci Dunia