TRICK MLM

Sebelum meneruskan pembacaan, anda dinasihatkan untuk meneliti Disclaimer di bawah. Sebarang aduan,tuntutan dan rayuan tidak akan dilayan sekiranya pembaca tidak meneliti disclaimer di bawah:

Disclaimer:
Sebarang perkongsian, , pendapat, dan pandangan pada entri ini adalah berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri. Saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat percanggahan dengan pengalaman, pendapat dan pandangan daripada pihak pembaca. Perkongsian di dalam entri ini adalah sekadar untuk renungan, tidak boleh dijadikan sebagai testimoni mahupun fakta asas. Sekiranya perkongsian ini disalahgunakan, saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya prosiding mahkamah dilakukan.

Sekali lagi diingatkan, sila baca disclaimer di atas sebelum meneruskan pembacaan.

Dalam dua tiga minggu lepas, AyahMal ada cakap kat IbuNoey, salah seorang kawan dia ajak masuk bisnes. lepas tu, IbuNoey tanya la bisnes apa. AyahMal pun sebut *****. bila dengar je nama tu, IbuNoey memang tahu ia berkonsepkan MLM (Multi Leveling Marketing). tapi AyahMal memang cakap, dia tak nak join sebab bukan senang nak cari downline. nak jual produk **** tu pun tak reti sebab harga barang ***** tu tinggi.

Nak dijadikan cerita, IbuNoey belek-belek Whatsapp AyahMal. bukan niat nak menceroboh privasi tapi sekadar nak tengok macam mana kawan AyahMal promote bisnes tu. bila tengok je Whatsapp daripada kawan AyahMal tu, macam nak tergelak pun ada, geram pun ada. kenapa? mari tengok satu-persatu.

Ok, biar IbuNoey namakan kawan AyahMal ni sebagai Mr. X. pada permulaan cerita, IbuNoey dapat tahu yang Mr.X dah bersua muka dengan AyahMal dan dah explain berkenaan bisnes ***** ni. so, dalam Whatsapp, dia hanya bertanya dan cuba yakinkan AyahMal untuk join bisnes tu. cuma, dalam perbualan tu, ada benda-benda yang tak boleh masuk akal. antaranya:

1. Pada 11/11/2014, dia tanya pada AyahMal, bila nak join. katanya, hari itu adalah hari last untuk submit nama sebab esok dia dah nak hantar permohonan. kemudian, pada 13/11/2014, Mr.X tanya lagi, bila nak join sebab esoknya, dia nak hantar dah permohonan. boleh nampak tak permainannya di situ? kalau 11/11/2014 adalah tarikh akhir, kenapa ada tarikh akhir lagi dalam dua hari selepas itu? 

2. Mr.X katakan pada AyahMal yang dia dah ada dua orang yang siap-siap nak join bisnes tu. jadi, kalau AyahMal join, dia akan letakkan dua orang tu sebagai downline AyahMal. kalau benar dah ada dua orang yang bersiap-siap nak join, kenapa Mr.X macam terdesak nak ajak AyahMal join cepat? siap ada dua tarikh akhir lagi. kenapa tak bagi dulu yang dua orang tu join bawah Mr.X dan kemudian baru AyahMal join di bawah salah seorang yang nak join Mr.X?

3. Mr.X ada hantar gambar upline dia yang dah berjaya. kalau tengok, memang pendapatan lebih empat angka. tapi kenapa Mr.X tak bagi tunjuk pula pendapatan dia. adakah Mr.X masih belum berjaya? kalau belum, macam mana kita nak join jika belum ada bukti yang terdekat? macam mana Mr.X boleh yakin bisnes tu akan menguntungkan AyahMal?

4. Mr.X nampaknya begitu terdesak nak AyahMal join sebab ada satu mesej yang berunsur paksaan. dan boleh juga dikatakan mesej itu berunsurkan memperkecilkan kehidupan orang lain. 

Bila dah teliti semua Whatsapp Mr.X, IbuNoey nasihatkan AyahMal, tak usahlah join bisnes ni. persoalannya, bukan tak percaya pada bisnes ***** ni. tapi tak percaya pada Mr.X.

IbuNoey tak nafikan ada individu yang join bisnes MLM sebegini mampu berjaya sebab berusaha dengan sungguh-sungguh. dan ada juga upline dalam bisnes MLM ni memang bersungguh-sungguh dalam membantu downline. cuma, sebagai langkah berjaga-jaga, kita perlulah meneliti semua aspek untuk mengelakkan sebarang penipuan. berniaga tak salah, mencari downline pun tak salah. tapi elakkan muslihat di dalamnya. dan elakkan hanya menumpukan pada pencarian downline semata-mata.




Kongsi Artikel Ini :
+
Previous
Next Post »
0 Komen untuk "TRICK MLM"

Pendapat anda amat dihargai.

 
Copyright © 2014 Langit Berpelangi - All Rights Reserved - DMCA
Template By Kunci Dunia