
Gambar keratan akhbar yang IbuNoey perolehi daripada akhbar tempatan. Kisah ibu tunggal dipenjara 3 hari dan denda RM200 kerana mencuri sepaket milo 2 kilogram.
Betapa terdesaknya hidup zaman kini. Kadang kesian dengan mereka yang terdesak ni. Tapi walau terdesak mana sekali pun, elakkanlah mencuri ni. Bukannya apa, undang-undang dunia ni tidak seadil mana. Curi sepaket milo, imbalannya penjara dan denda. Kalau nak curi sangat, curilah nilai yang tinggi sikit. Sebab lazimnya, makin besar nilainya, makin sukar dikesan kes curinya. Kalau dikesan pun, akan ada ahli silap mata yang menutup kes.
Soalan : Ada sesiapa yang tak faham 'sarcastic'?
Kisah berlaku awal bulan lepas. Atas sebab-sebab tertentu, IbuNoey terpaksa delete akaun Whatsapp IbuNoey. Mudah je kalau nak delete akaun Whatsapp, masuk kat bahagian setting dan korang akan masuk ke page seperti di bawah.
Korang cuma perlu masukkan number korang yang korang daftar untuk akaun Whatsapp tu. Seperti dalam gambar di atas, kalau korang delete akaun Whatsapp korang, salah satu kesannya adalah korang akan keluar dari kesemua group dalam Whatsapp yang korang dah masuk. Tapi dalam group tu, korang tak akan dikatakan 'leave group' tau. Sebaliknya dikatakan 'removed'. Nampak seperti korang kena removed oleh admin group.
IbuNoey pun pada mulanya tak tahu. Sehinggalah IbuNoey aktifkan akaun Whatsapp IbuNoey semula. Nak dijadikan cerita, ada sorang Admin group sekolah menengah tanya macam mana IbuNoey boleh di'removed'kan daripada group sedangkan dia tak removed IbuNoey pun. Dia siap bagi screeshot dan minta maaf lagi. Yelah, dia fikir mungkin dia tertekan atau anak dia yang tertekan masa tu.
Lepas tu, IbuNoey cakaplah, masa tu IbuNoey delete akaun Whatsapp. So mungkin istilah removed tu sebab akaun IbuNoey telah di'removed'kan dari Whatsapp. So, kepada Admin group, kalau tiba-tiba ada ahli yang di'removed' tanpa pengetahuan anda, berkemungkinan besar ahli itu teleh men'delete' akaunnya. Jangan gelabah, okey.
My Mind: Patutlah ada suara-suara sumbang dok kata IbuNoey kena buang dari group. Jangan ko mo memandei-mandei.

