MUSIM PANTAU ANAK

By Permata Malap - 2:30 pm

merawat anak selsema
Bulan ni musim untuk memantau anak masing-masing. Dengan keadaan cuaca yang tak menentu, kesihatan pun akan terjejas sedikit. Lebih-lebih lagi anak-anak yang masih kecil. Anak-anak IbuNoey tidak terkecuali. Selepas cuti Tahun  Baru Cina, Firas demam panas. Farhan pula batuk-batuk. Minggu seterusnya barulah Farhan demam. 

alat ukur suhu
Kali ni agak mencabar untuk menjaga Farhan yang demam. Sebab dia tak macam selalu. Kalau sebelum ni, walaupun dia demam tapi dia masih boleh bangun dan bermain. Cuma agak meragam bila nak hantar ke rumah pengasuh. Tapi kali ni, dia cuma baring. Badan dia panas memanjang. Susah nak nampak suhu jatuh walaupun dah dilap dengan kain basah.

Lepas tu, bila nak mandikan atau lap dengan kain basah, dia menolak. Selalunya dia okey je. Entah kenapa kali ni meragam pula. Makan ubat pun tak mahu. Walhal sebelum ni dialah budak yang paling mudah makan ubat berbanding Firas. Jenuh juga nak bagi dia makan ubat. Tapi IbuNoey tak bagi ubat selalu sebab risau juga kalau kerap sangat bagi ubat. 

Selain makan ubat, IbuNoey buat cara tradisional. Pertama mandikan Farhan dengan air bercampur lemon. Kedua sapu kunyit di dahi dan hidung Farhan sebab dia selsema juga. Ketiga, sapu air asam jawa kat kepala dia. Ada perubahan sikit tapi sehingga ke hari ini, selsema dan batuk Farhan tu masih tak okey lagi. Terfikir juga nak buat teknik percussion tapi asyik tertunda je.

Risau memanglah risau. Semalam pun, dia batuk dan kemudian muntah sikit. Selera makan dia pun agak berkurang. Kesian tengok badan dah makin susut. Entah bilalah nak sembuh. Siapa yang ada petua untuk legakan batuk dan selsema, silalah kongsi ye.



rawatan tradisional anak dema

  • Share:

You Might Also Like

1 berkongsi idea

  1. anak demam mmg risau kan. tidur pon x lena dibuatnya.
    utk rania bila kene selsema saya sapu kunyit h
    idup pastu buat teknik percussion tu je.

    msa genap setahun 1 bln saya mula bg qaseh junior. alhamdulillah. jrang demam n batuk or selsema. lps hbis qaseh junior, cr lg dh susah nk jumpa.huhu. tukar pakai caliph skrg ni. tp rania x suka la mnm direct. kene bancuh letak air masak. tu pon nasib la mau mnm juga.

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.