MINI UTC KERAMAT MALL

By Permata Malap - 9:30 am





Penghujung tahun lepas, IbuNoey terfikir nak buat kad pengenalan baru memandangkan kad pengenalan IbuNoey yang dah berusia hampir 10 tahun tu dah semakin teruk keadaannya. Dah lama sebenarnya teringin nak buat tapi bila fikir faktor tempat dan masa tu, terpaksa batalkan niat.

Dan kemudian, IbuNoey teringat yang dekat kawasan tempat IbuNoey kerja ni ada UTC. Itupun sebab pernah ternampak masa nak naik LRT kat stesen Damai. Lepas tu, IbuNoey cuba tanya akak seofis. Dia kata memang ada. So, dengan rasa terujanya, IbuNoey pun minta izin bos sekejap untuk keluar, dengan harapan adanya Jabatan Pendaftaran Negara kat sana.

Sebenarnya tak la dekat sangat antara ofis IbuNoey dengan UTC ni. Kena naik kereta juga. UTC ni terletak di dalam Keramat Mall. Bab parking agak senang. Mungkin sebab masa IbuNoey pergi ni tak ramai orang. So, parking la kat basement.


utc keramat
Ruang menunggu kat luar in case tak ada tempat duduk kosong kat dalam.

utc keramat



jpn, kad pengenalan
Pandangan dari luar Jabatan Pendaftaran Negara


buat ic di keramat
Nombor giliran. Kejap je sebab tak ramai orang.

Antara jabatan kerajaan yang ada di Mini UTC Keramat Mall ni:
  • Jabatan Pendaftaran Negara
  • PDRM
  • MAIWP
  • JPJ
  • Jabatan Imigresen Malaysia
  • Kementerian Pembangunan, Wanita dan Masyarakat

Selain itu, Klinik 1 Malaysia, Perpustakaan Komuniti dan Kedai Rakyat 1 Malaysia pun ada. Tapi sesiapa yang nak berurusan dengan Pos Malaysia atau LHDN, di sini tak ada ye. Mesin ATM pun tak de. Kalau nak keluarkan duit, kena keluar dari Keramat Mall dan pergi ke stesen minyak Shell. Tak jauh pun, sebelah Keramat Mall je.


UPDATE : KLINIK 1MALAYSIA DI MINI UTC KERAMAT ADALAH KLINIK IBU DAN ANAK, BUKAN KLINIK KELUARGA. HARAP MAKLUM.



naik lrt ke utc
Pemandangan Mini UTC dari stesen LRT Damai

  • Share:

You Might Also Like

11 berkongsi idea

  1. Terima kasih banyak2.... Saya google, nk cari UTC Damai, entri ni 1st page google. Alhamdulillah tak yah tanya org... Trm kasih ya. Sy follow blog comel serupa ownernya ni ya ^__^

    ReplyDelete
  2. Takde pos office?? Ermm....

    ReplyDelete
  3. Tumpang iklan..
    Sesiapa yg perlukan khidmat Pesuruhjaya Sumpah, kini berada di UTC Keramat, Keramat Mall.
    No. Hp: 014-7343013
    www.facebook.com/pjskeramatmall
    Waktu urusan: Isn-Jum 9.30pg-4.00ptg Sab 11.00-12.00tgh Aha dan Cuti Umum Tutup.

    ReplyDelete
  4. thanls for the info yg berguna ni: )

    ReplyDelete
  5. suka beli brg di kedai 1 Malaysia di sana.
    pejabat pos xda. kalau ada mesti, kan.
    lagipon pos laju blh aje buat di LrT jelatek. dekat jln gurney ke jln maktab erk pon ada pjbt pos.kira plg dkt la tu. tp agak payah nak ke sana. suka ke pjbt pos dlm mall.lagi selesa

    ReplyDelete
    Replies
    1. IbuNoey pun pernah juga masuk kedai 1 Malaysia tu.beli karipap 1 malaysia.pejabat pos berdepan dengan Maybank Jalan maktab tu ada.tapi parking susah sikit la.

      Delete
    2. salam Ibu Noey... boleh Tanya tak... waktu operasi UTC keramat tu? terima kasih... Dr Rayney

      Delete
    3. waktu operasi IbuNoey tak berapa pasti.biasanya sehingga pukul 10 malam la.tapi tak pe,nanti IbuNoey cuba cari maklumat ye.

      Delete
  6. Ade no tpn klinik kshtn di situ x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak,tak sempat ambil pula ari tu.maaf ye.

      Delete
  7. Alhamdulillah ... info ini amat berguna. Terim kasih.

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.