Al-kisahnya Susu S26 Gold vs S26 Regular

By Permata Malap - 12:31 pm

jenis susu s26

Salam semua....

Hari ni baru nak update entri terbaru. semalam, IbuNoey tak sihat. cherry berry you.. so, seharian dok menahan sakit kat atas katil. sambil tu berlari2 anak ke tandas bila tiba masanya..hewhewhew...

Okla, kat gambar atas tu adalah  susu yang AniqFiras guna sekarang. yang tengah tu je laa.. yang kiri dan kanan tu, sekadar hiasan... 

Seingat IbuNoey, AniqFiras guna susu ni sejak umur dia 6 bulan++.. tapi IbuNoey dah lupa mcm mana IbuNoey boleh tertarik untuk mencuba susu ni untuk AniqFiras. AniqFiras start guna dari Step 1 lagi. lepas tu, sambung Step 2 sampailah sekarang ni guna Step 3.

Susu ni tak de la mahal sangat. cukup budget la..  masa umur AniqFiras genap setahun, IbuNoey ada try bagi susu lain. tapi AniqFiras memang tak nak. tolak mentah-mentah. so, stay pakai susu ni.

Lepas tu, masa AniqFiras genap 18 bulan, IbuNoey try bagi susu S26 Step3 Regular. kotak dia macam kat bawah ni:
s26 biasa vs gold
Memang agak berbeza dengan jenis Gold. harga pun murah sikit la. masa mula-mula bagi susu ni kat AniqFiras, dia sembelit sikit. tapi tak teruk mana. jadi, IbuNoey teruskan je bagi susu ni.. dah seminggu bagi susu ni, AniqFiras mula cherry berry... IbuNoey tak de la syak susu ni puncanya. sebab dalam tempoh tu, IbuNoey ada bagi dia minum air Ribena dan bagi minum ubat Appeton untuk tambah selera makan tu. bagi IbuNoey, mungkin kerana minum dua benda tu AniqFiras jadi macam tu. so, IbuNoey stop bagi air Ribena dan stop bagi ubat Appeton. tapi masih jugak cherry berry. sampaikan ada satu hari tu, AniqFiras terjaga dari tidur (sekitar pukul 3 pagi), dia terus nangis. lepas tu...preeeeeetttt...habis satu pampers sampai tembus kat selimut. rupanya dia nangis sebab perut tak selesa. macam kita juga kan bila kena penyakit tu. mula-mula perut mesti memulas, tak selesa.

Bila dah jadik macam tu, AyahMal mula bising. dia suruh tukar balik susu AniqFiras tu kepada Gold. instinct dia kuat mengatakan yang AniqFiras tak sesuai guna Regular. so, IbuNoey pun ikutkan jer. maklumlah, yg support stok susu, Ayahmal nuuu.. 

Dan al-hamdulillah.. lepas kembali semula kepada S26 Step3 Gold, AniqFiras dah tak cherry berry lagi.. alahai, kenapalah daku sebagai seorang ibu tak perasan akan hal ni? menyesal pun ada... nasib baikla AyahMal tu jenis yang ambil peduli jugak pasal kesihatan anak dia. kalau tak, ntah berapa lama lagi la AniqFiras terus preeeettt memanjang...

Hehe.. sebenarnya masa tukar susu AniqFiras kepada Regular tu, IbuNoey fikir sebab namanya S26, so mungkin AniqFiras boleh telan je la.. tau-tau, dah jadik macam tu. lepas ni, tobat tak nak tukar susu AniqFiras dah...

  • Share:

You Might Also Like

7 berkongsi idea

  1. ooo xsesuai jugak yer kak even satu jenama.. kat wad jijah pon ramai pakai susu s26 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye,jijah..akak pk sesuai,tu yg cuba tukar tu..hehe..

      Delete
  2. Fit..ank aku pon minum s26 yg regular since lahir. bila masuk 10bln aku tukar dutchldy tp kering je tgok x brp nk suka.buat 4oz mnum 3oz.now tukar blik ke s26 skrg da mnum 6oz..alhmdlh

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo,anakmu minum yg regular sejak lahir kan?anakku ni minum yang Gold masa mula2 start minum S26..jd mungkin perut anakku xbule terima yang regular..

      Delete
  3. hmmm menarik juga postingannya

    ReplyDelete
  4. Anak sulung sy pun minum step1..bila dah. Masuk 1tahun beri step3 yg biasa..emm x mau minum dan sembelit.pastu try beri yg gold minum lak..poo poo pun okey..tp x tahan yer seminggu 1.8kg ..tahan sapa umu 2tahun tukar ke dumex asli.. Sebelum tu ada gak try Anmum step3 & Dutchlady sembelit teruk!!

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.