PELESIT MASUK RUMAH

Semalam, sekitar pukul 2.30 pagi, IbuNoey terbangun dari tidur sebab ada bunyi bising. Nak gambarkan bunyi tu macam mana, tak retilah pula. 

Mula-mula IbuNoey ingatkan, bunyi tu datang dari portable aircond kami. Jadi, IbuNoey switch off aircond. Hilang sekejap dalam beberapa saat. Tapi lepas tu, bunyi datang balik. Nyaring pula tu bunyinya. IbuNoey pun jenguk-jenguk kawasan tingkap bilik. Makin kuat bunyinya. Apa benda pula ni kan.

Lepas tu, terfikir pula, mungkin bunyi serangga ni. Dalam fikiran terbayangkan binatang macam kat bawah ni.

pelesit

Jadi, IbuNoey pun ambil penyapu, tepuk-tepuk (betul ke tak istilah IbuNoey ni) langsir dengan harapan serangga ni terbang ke luar. Lepas tu, senyap semula bunyi tu. Okey, IbuNoey baring semula. Anak-anak dan AyahMal masih lena dibuai mimpi.

Kemudiannya, bunyi start balik. Adoi la, tak lari lagi binatang ni. Pelik juga. Kalau binatang macam kat atas tu, mesti dia dah lari. 

Lepas tu, cuba lagi halau dengan cara yang sama; tepuk-tepuk langsir guna penyapu. Senyap. Kemudian, bunyi balik. Sah, ini bukan serangga macam kat atas tu. Dalam fikiran terus terfikirkan nama belalang. Bila terfikir belalang, teringat pula kisah pelesit. Cuak dah. Cepat-cepat kejut AyahMal. Tapi tak suarakan fikiran pasal belalang pelesit ni.

AyahMal bangun dan terus buat cara yang sama macam IbuNoey buat. Cuma, AyahMal ada goyang-goyangkan langsir sedikit. Lepas tu, bunyi hilang. Tapi lepas tu, bunyi datang lagi. Adalah dalam 5-6 kali berulang hal yang sama.

At last, AyahMal buka lampu sementara dia pergi dapur nak minum air. IbuNoey pun selak langsir sedikit dan tengok kat penjuru atas langsir. Manalah tahu tersangkut kat penjuru langsir. Tak ada pula nampaknya. Lepas tu, terperasan satu entiti di tepi tingkap. Entitinya macam kat bawah ni.

pelesit kepala merah

Okey, menurut apa yang IbuNoey pernah dengar, belalang ni berkait rapat dengan pelesit. So, bila nampak je belalang ni, IbuNoey terus bagitahu AyahMal. AyahMal tanya belalang hijau ke. IbuNoey angguk je.

Lepas tu, AyahMal pun pergi tingkap dan tengok. Dengan seriusnya AyahMal cakap, "Kena bunuh ni." Kemudiannya bermulalah sesi membunuh dengan menggunakan penyapu. Selesai dan kami berdua tidur semula. Mujur anak-anak tak bangun sama.

Setibanya di pejabat pagi ni, Google sekejap pasal belalang pelesit ni. Dengan zaman serba moden ni, masih ada lagi sebenarnya golongan yang menggunakan pelesit ni. Tak boleh nak kata tahyul sebab syaitan dan jin memang ada. Tapi tak tahulah belalang yang AyahMal bunuh tadi ada tak kaitan dengan pelesit. Sebab tak sempat tengok sama ada kat kepala belalang tu ada jalur merah ke tak.

Nak tahu cara-cara mengenalpasti belalang pelesit? Google jer la.

Kongsi Artikel Ini :
+
Previous
Next Post »
7 Komen untuk "PELESIT MASUK RUMAH"

nice sharing sis,,, klu ada jalur merah tu pelesit ke sis?

tak tau lah pulak pasal ni kak. huhu. thanks for sharing..

Pelesit tu belalang ke IbuNoey? Kakak ingatkan pelesit tu syaitan/jin suruhan org jahat macam dlm cerita-cerita hantu tu.

Moga tak ada apa yg buruk terjadi

Selamat menyambut ramadhan dari kakak.

ha..tetamu malam yang tidak diundang... salam ramadhan, salam puasa dan salam sahur.. raya tahun ni tak balik sabah ke ibunoey..hee

Pelesit pernah dengar tp tak tau mcm mana bntuk dia..

sangat tak suka bunyi pelesit. bising ><

Selalu gak nampak tp x pernah terfikir nak tgk ada jalur merah ke x..tp kalau x bising, bukanlah kot ye..

Pendapat anda amat dihargai.

 
Copyright © 2014 Langit Berpelangi - All Rights Reserved - DMCA
Template By Kunci Dunia