RESEPI NASI LEMAK NOXXA

nasi lemak mudah

Resepi nasi lemak Noxxa. Setelah hampir 4 bulan periuk Noxxa menjadi milik IbuNoey, baru hari ni nak berkongsi hasil penggunaan periuk Noxxa ni. Dah banyak dah hasil masakan daripada Multi Pressure Cooker Noxxa ni. Tapi selalunya malas nak tangkap gambar. Tangkap masuk perut je yang rajin.

Baru-baru ni, IbuNoey ada masak nasi lemak Noxxa. Resepi ni IbuNoey rujuk daripada buku pada mulanya. Dah lama kelamaan, main masuk je apa yang ada. So, hari ni resepi Noxxa ala IbuNoey la kiranya ye. Ni dah entah kali ke berapa IbuNoey masak nasi lemak menggunakan periuk Noxxa. So, jom tengok bahan-bahannya.


BAHAN-BAHAN
3 cawan beras (guna cawan yang disediakan tu)
3 cawan air + 1 cawan santan
Serai (dititik)
Bawang merah (dihiris/ditumbuk)
Bawang putih (dihiris/ditumbuk)
Daun pandan (disimpul)
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK
1. Pasang plug. Kemudian tekan butang STIR FRY dan tekan butang ON/OFF. Jangan tutup periuk.
2. Setelah agak panas, masukkan bawang merah, bawang putih, dan serai. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan beras yang telah dibasuh. Gaul sebati. Jangan gaul lama sangat.
4. Tekan butang ON/OFF. (Untuk mematikan fungsi STIR FRY).
5. Masukkan air dan santan. Masukkan garam secukup rasa. Gaul agar sebati. Kemudian, barulah masukkan daun pandan.
6. Tutup periuk. Set tombol kepada PRESSURE. Tekan butang HIGH PRESSURE sehingga angka menunjukkan 07.
7. Tekan butang ON/OFF. Tunggu hingga selesai (sehingga bunyi bip dan lampu merah menyala pada WARM).
8. Setelah bunyi bip, tekan butang ON/OFF untuk mematikan fungsi WARM.
9. Release steam dengan memusing tombol kepada STEAM.
10. Siap dan boleh makan bersama bahan sampingan.

*Dalam resepi ni tak ada halia sebab AyahMal tak suka sangat makan halia ni.
*Sukatan air adalah berdasarkan 1+1, bukan 1:1 atau 1:2. Maksudnya kalau ada 3 cawan beras, maka air perlu ada 4 cawan. Kalau ada 4 cawan beras, maka air perlu ada 5 cawan. 
*Kena pandai adjust portion untuk santan dalam sukatan air tu.
*Kalau ada masalah nasi jelatah, kaup balikkan nasi, dan tutup semula periuk. Tekan butang STEAM sehingga angka 02 (tombol STEAM juga) dan tekan butang ON/OFF. Lepas tu bolehlah makan.


sambal bilis Noxxa

Resepi ni memang agak ringkas sebab ianya mengikut tekak orang-orang di dalam rumah IbuNoey. Boleh dihidangkan bersama sambal bilis, telur rebus, timun, dan bilis goreng. Kalau nak lebih beraroma, lapik nasi tu dengan daun pisang. Tapi IbuNoey tak buatlah sebab daun pisang tak ada. Kalau ada sebarang kemusykilan, bolehlah komen di bawah.

Selamat mencuba.
Kongsi Artikel Ini :
+
Previous
Next Post »
3 Komen untuk "RESEPI NASI LEMAK NOXXA"

Salam pagi..
Yumyum...nasi lmak..

terima kasih.hehe,nasi lemak je IbuNoey mampu buat ni.

Pendapat anda amat dihargai.

 
Copyright © 2014 Langit Berpelangi - All Rights Reserved - DMCA
Template By Kunci Dunia