Ewah, ewah IbuNoey ni. Mentang-mentang dah pindah pejabat lain, menyombong tak nak update blog. Bahahaha. Bukan tak nak update blog. Cuma sekarang ni jarang sangat buka blog. Kalau buka pun sepintas lalu. Maklumlah, kalau boleh sekarang ni tak nak la ada bebudak opis baru yang tahu IbuNoey ni seorang blogger. Nanti susah pula nak membebel pasal keadaaan opis baru dalam blog ni. Tak nak pisang berbuah dua kali. Upss...
By the way, sebenarnya banyak benda nak kongsikan dan abadikan dalam blog ni. Sejak transfer tempat baru ni, banyak benda kena arrange semula terutama dari segi masa. Sekarang ni bila dah dok keja kawasan Jalan Duta ni, kena bangun awal sikit dalam setengah jam daripada dulu. So, memang kena kejar masa sikit. Keluar rumah seawal pukul 6.30 pagi. Kadang terbabas juga sampai pukul 6.40 pagi. Kalau terbabas sikit tu, memang takde la nak tunggu enjin panas. Start enjin je, terus gerak. Sampai opis kadang dalam 15 minit lagi sebelum habis waktu punch. Tapi sebab yelah, dah opis jauh sikit, bila gerak tu mestilah kena cepat. Tak boleh nak jangka keadaan trafik jalan kan. IbuNoey ambil WP1. Boleh balik pukul 4.30 petang. Sampai rumah dalam pukul 5 suku gitu. Jauh beza tau. Kalau masa kat Jalan Semarak tu, balik kul 4.30 petang, sampai kat rumah biasanya sebelum pukul 5 petang. Tapi apa boleh buat kan. Dah kawasan Jalan Duta tu agak jammed.
Yang bestnya kat opis baru ni, waktu bekerja bukan sehingga WP3 je, malah ada WP4 dan WP5. Itulah kemudahan untuk kawasan yang agak jammed. Lagipun kat opis baru ni, lagi ramai yang dok jauh dari opis. Ada yang duduk Shah Alam, ada yang duduk Sungai Buloh, ada yang duduk Serdang, ada yang duduk Nilai. Aduhai, setakat IbuNoey ni yang duduk Setapak ni nak mengeluh rumah jauh, tak ada maknanya ye. Kena bersyukur okeyh. Untuk WP4 tu, waktu bekerja adalah dari pukul 7 pagi sehingga 4 petang manakala WP5 tu dari pukul 9 pagi sehingga 6 petang. Tu dia, macam pembaca berita lak. Erm, kalau ikutkan mata ni, nak je ambil WP5 tu. Tapi kalau WP5, nak dekat Maghrib baru sampai rumah. Tak kuasa I. Kalau ambil WP4 pula macam awal sangat. Mengeluh pengasuh nanti kalau hantar anak awal sangat.
Banyak lagi benda-benda baru dalam opis baru ni. Salah satunya, ada perpustakaan sendiri. Erm, mungkin sebab ni kementerian kut. Lagipun bangunan bertingkat-tingkat kan. Kenalah ada kemudahan macam tu. Bilik Gymnasium pun ada. Tapi kecil je la. Awal tahun hari tu, kelas Zumba dibuat kat bilik tu. Tapi dengar ceritanya, sekarang ni kelas Zumba dah dibuat dalam dewan sebab dah ramai participant. IbuNoey setakat ni belum join lagi kelas tu. Sebab masalahnya kelas tu dibuat selepas office hour iaitu pukul 5.45 petang sehingga 6.30 petang. Tapi kalau fikir balik, memanglah kena buat selepas office hour, Kalau buat masa waktu bekerja, curi masa dah namanya tu. Hahaha, whatever la kan. In shaa Allah minggu ni atau minggu depan, IbuNoey try join la. AyahMal pun bagi kebenaran sebab katanya dia akan ambil anak pada masa tu. Kena exercise juga ni weh sebab sejak masuk opis baru ni, badan IbuNoey dah macam dipam-pam. Makin naik angka kat penimbang tu. Seriau tengok.
Okeylah, tu je la perkongsian setakat ni. Budak demam tu pun dah bangun dah tu. Nak bagi dia makan ubat kejap lagi. Jumpa lagi.
0 berkongsi idea
Pendapat anda amat dihargai.