DI MANA DIRIKU YANG DAHULU

By Permata Malap - 10:00 am

usaha tangga kejayaan

Rindunya nak meluah rasa dalam blog ni. Rindu nak kongsi petua, rindu nak kongsi pengalaman, rindu nak kongsi cerita hero-hero IbuNoey, rindu nak kongsi benda-benda best dalam hidup. Tapi apa boleh buat, keadaan sekarang kurang mengizinkan.

Dulu, suka sangat blogwalking, tinggal jejak, balas jejak. Sekarang ni nak tengok blog waktu rehat pun susah. Ada kekangan. Kenapakah semenjak daku berpindah ke opis baru ni terlalu sukar untuk berikan perhatian pada blog? Adakah kerana bebanan kerja yang semakin bertambah?

Oh, bukan begitu, sayang-sayangku. Bebanan kerja masih macam biasa; tidak menyebabkan IbuNoey tiada masa untuk berblog. Tapi ni semua berpunca dari masalah mata IbuNoey yang masih belum selesai sejak hujung bulan November lepas. Boleh tengok entri INI. Sekarang ni, sebulan sekali masih ada aappointment dengan Pakar Mata di Klinik Oftalmologi Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan tau.

Dek kerana masalah mata ni, IbuNoey tak boleh terlalu lama menghadap komputer. Nak tengok TV tu pun kena ada hadnya. Sebab kalau tak, memang merah menyalalah mata ni. Kalau drive pun, angin aircond tu tak boleh direct kena mata walaupun pakai kacamata. Nanti mata jadi rasa kering je. Lepas tu, pedihlah kan. Setiap hari memang kena titikkan ubat titis mata yang macam EyeMo tu. So, bila tiba waktu rehat, memang rehat bebenarlah daripada melihat komputer ni. Nak layan Facebook, nak tengok Zumba dalam YouTube, memang limited la. Bukan tak boleh hadap, boleh tapi limited. Kalau nak buat entri, kena rehat sekejap. Memanjanglah draf daripada yang published kan.

So, memang sekarang ni, memang bukan mudah nak beri perhatian pada blog tak kiralah kat ofis atau kat rumah. Bila idea mencurah-curah tapi mata tak boleh nak bertahan, maka selalunya entri terus-terusan berada dalam folder draf. Entah bila nak published pun tak tahulah. Tapi tak apalah, setiap kesusahan dan dugaan itu ada hikmahnya. Bak quotes omputeh di atas; Jangan berdoa untuk mendapat kehidupan yang mudah tetapi berdoalah semoga diberikan kekuatan untuk menghadapi sesuatu dugaan hidup.

In shaa Allah. Semoga kita semua diberikan kekuatan menghadapi segala dugaan dan cabaran dalam hidup ni.

  • Share:

You Might Also Like

4 berkongsi idea

  1. Semoga cepat sembuh..dan kembali aktif berblog semula...

    ReplyDelete
  2. saya ni agak susah nak buat aktiviti BW
    entry pun tulis tak sekencang dulu
    apapun saya doakan moga ibunoey kembali sihat ye

    ReplyDelete
  3. A'kum IbuNoey. Tumpang tanya. Utk first time nak pergi klinik mata hsop tuanku mizan ni, kena buat appointment jugak ke? Ke boleh walk in saja?

    ReplyDelete
  4. x pe.. take ur time.. hehehe

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.