THE ORPHANAGE : PERHATIAN UNTUK ANAK

By Permata Malap - 10:00 am

Malam hujung minggu lepas, IbuNoey macam biasalah, layan Astro Citra. Setiap hari Sabtu kan ada filem seram dorang tayangkan. Kadang-kadang ada yang ulang cerita yang sama. Tapi baru-baru ni, dorang tayangkan satu filem yang IbuNoey teringin sangat nak tengok. Tajuknya 'The Orphanage'.

review the orphanage


Filem ini mengisahkan seorang ibu, Sarah, yang kehilangan anak angkatnya, Simon, ketika mereka baru sahaja berpindah ke rumah baru yang dahulunya merupakan rumah anak-anak yatim. Sarah yang dahulunya pernah menjadi penghuni rumah anak-anak yatim itu sebelum dia juga diambil oleh keluarga angkat, percaya bahawa Simon masih hidup namun disembunyikan oleh puaka yang menghuni rumah baru mereka. Namun ternyata segala-galanya adalah diluar jangkaan kerana Simon bukanlah disembunyikan oleh puaka seperti yang difikirkan oleh Sarah walaupun hakikatnya sememangnya bekas rumah anak yatim itu dihantui oleh roh-roh anak yatim yang tidak tenteram.

Itu serba sedikit sinopsis berkenaan filem tersebut. Sinopsis ni IbuNoey buat sendiri berdasarkan pengalaman menonton cerita ni di saluran Astro Citra tu. Masa tengok cerita ni tak adalah rasa seram sangat. Lebih kepada ingin tahu apa yang sebenarnya yang terjadi. Bila dah selesai tengok cerita ni, rasa sedih sangat. Lagilah bila teringatkan masa Sarah peluk jasad Simon yang dah berbulan-bulan meninggal tu. 

Bagi IbuNoey mungkin kehilangan Simon tu boleh dielakkan kalau Sarah mengambil perhatian terhadap setiap apa yang Simon perkatakan. Kalau korang perasan, sekarang ni banyak pesanan dan nasihat supaya ibu bapa beri perhatian apabila anak-anak bercakap dengan kita sebab dorang cuba untuk berkomunikasi dengan kita. Kegagalan ibu bapa dalam hal komunikasi sebeginilah yang menjadi salah satu punca kehilangan Simon, 

Kalaulah IbuNoey berada di tempat Sarah, memang rasa menyesal sebab tak beri perhatian pada anak. Lagilah bila itulah kali terakhir kita berjumpa dengan anak tu. Sebab itulah ada nasihat mengatakan, jika anak buat salah, tegur dengan cara berhemah. Dikhuatiri itulah saat terakhir anak bersama kita. Anak-anak bukan hak milik mutlak kita. Bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik. Jadi, sayangilah dan berilah perhatian pada anak-anak kita. Kepada yang belum tengok cerita ni, bolehlah cari kat Youtube ye. Moga korang dapat pengajaran daripada cerita ni.

Sedikit info kepada yang dah tengok cerita ni : Yang tolak Sarah ke dalam tab mandi tu sebenarnya Simon.

  • Share:

You Might Also Like

3 berkongsi idea

  1. mm.. slalu tgk cete cmtu la.. anak gtau mak bpk x caya

    ReplyDelete
  2. wah macam best cite ni
    saya tak tengok lagi. lagipun tak langgan astro citra
    simon tu mati kenapa? curious plak...hehe

    ReplyDelete
  3. nice review.. saya kalau cerita seram ni x minat sangat..

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.