KEGUGURAN KALI KEDUA

By Permata Malap - 8:00 pm

Pengalaman kali kedua miscarriage ni benar-benar mematangkan IbuNoey untuk menerima takdir. Chewah! Yelah, masih teringat lagi masa IbuNoey miscarriage tahun 2012. Mula-mula macam boleh accept tapi lepas habis D&C, menangis you. Mana taknya, orang lain keluar dari LR ada baby di tepi, IbuNoey keluar dr LR sorang-sorang jer. Tak ada baby yang boleh dipeluk dibelai.

Tapi Al-hamdulillah, kali ni IbuNoey berjaya untuk tidak menangis. Banyak sebab. Mungkin kerana kali ni IbuNoey miscarriage pada usia kandungan yang masih awal iaitu 8 minggu. Mungkin juga sebab kali ni IbuNoey dah tahu bahawa kebiasaannya kandungan yang gugur pada trimester pertama ni adalah kandungan yang ada masalah. So, kalau lahir pun, mungkin baby tak cukup sihat. Better la jangan kan. Kesian kat baby.

Kemungkinan yang lain pula kerana IbuNoey rasa IbuNoey masih belum bersedia untuk mengandung lagi. Aish, bukan la kes accident. Memang nak pun tapi bila fikir balik, macam IbuNoey masih nak beri tumpuan pada dua hero kecik IbuNoey yang tengah lasak tu. So, bila keguguran, IbuNoey boleh accept je benda tu. Kemungkinan yang seterusnya, IbuNoey gugur secara natural, tak ada D&C dan bermalam di wad. So, peluang bersedih kerana keseorangan tanpa baby di dalam wad tu, tak wujud la kan. Lepas dah confirm semua dah clear, tak de yang tertinggal, dah boleh balik rumah layan dua hero lasak tu.

Kemungkinan yang terakhir sebab kata hati IbuNoey kuat mengatakan bahawa kandungan kali ni tak menjadi. Kenapa? Start dari UPT positif, IbuNoey tiada alahan langsung sama macam kandungan yang gugur tahun 2012 tu. Rasa macam tak mengandung langsung. Well, memanglah ada orang yang langsung tak de morning sickness kan. Tapi IbuNoey ni memang jenis yang ada morning sickness. Lagipun kita tahu la kata hati sendiri kan.

Rasanya itu je la penguat semangat IbuNoey. Tapi yang paling kuat untuk IbuNoey menerima takdir, sebab IbuNoey percaya, lebih baik hilang sekarang daripada dah ada depan mata tetapi tak sempurna atau diambil kemudian. Korang faham tak? Ahahaha. Cuba fahamkan ye. IbuNoey rasa IbuNoey bukan jenis yang kuat untuk menerima kehilangan apabila sesuatu atau seseorang itu dah ada depan mata. Walaupun IbuNoey jenis yang baran tapi IbuNoey ni cengeng (bahasa Sabah) sebenarnya. Kalau nampak baby yang sakit atau anak yang meninggal dalam Facebook tu, memang gugurlah air mata ni. Sebab tu Allah tetapkan kandungan IbuNoey yang tak sempurna akan gugur akhirnya. 

So korang yang pernah mengalami keguguran, cuba menerima takdir, jangan sedih-sedih tau. Tapi kalau dah berturut-turut keguguran tu, cubalah check. Manalah tau ada masalah lain kan. Next time, IbuNoey kongsikan pengalaman keguguran kali ni.

  • Share:

You Might Also Like

4 berkongsi idea

  1. Alahai..sedeh juga bunda membacanyer...mungkin sebab bunda tak pernah mengalami kegugurdn...

    Apa pun tahniah kepada ibunoey yang bolih terima dan kuat untuk keguguran kedua ini.

    Allah lebih mengetahui apa yang kita lalui..

    ReplyDelete
  2. smoga segala urusan dipermudahkanNya.. amiin..

    ReplyDelete
  3. rupanya ini entri bulan april.. lama menyepi.. hehehe

    ReplyDelete
  4. betul tu..
    in shaa allah ada yg lebih baik Allah nk bagi.

    bru ni pergi tgk ank my kawan. 5 bln sakit jntung kt ijn. dh 3x operate. luluh air mata saat tgk anak kecik tu kna operate.nak lalui semua tu. huhuhu.
    tak tertanggung rasanya..

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.