PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

By Permata Malap - 3:00 pm

keputusan peperiksaan, n29

Awal bulan tadi, daku dapat sms jemputan daripada SPA untuk menjalani Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir Gred N29. Daku dapat tawaran ni pun sebab ada mohon jawatan sabagai Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 dengan menggunakan kelulusan KPSL N27. Yelah, daku ni takde kelulusan diploma. Jadi harapkan KPSL je la. Nasib baiklah KPSL dah lulus.

So, dengan perasaan berdebar campur takde persediaan pun, pada 5 haribulan lepas, daku pun duduklah depan komputer untuk jawab exam ni. Memandangkan daku ragu-ragu nak buat di rumah atau Cyber Cafe, so daku pun stay kat ofis, guna internet ofis untuk jawab exam online ni. Mujurlah ada juga kawan-kawan ofis yang masih stayback. Tak la sorang-sorang kat ofis. Yelah, exam online start pukul 8.00 malam sehingga 9.40 malam. Tak seram ke kalau dok sorang-sorang kat ofis.

Tapi walaupun ada kawan-kawan ofis yang masih stayback, daku berjuang sorang diri tau nak jawab exam online. Takde la yang jadi penolong di belakang bagi jawapan. Sendiri fikir dan kira. Berdikari je walaupun takde persediaan sangat untuk jawab exam ni.

Secara keseluruhannya, agak susah juga nak jawab exam ni bila takde persediaan. Exam ni ada dua Seksyen iaitu A dan B. Seksyen A adalah Pengetahuan Am dan Seksyen B pula Daya Menyelesaikan Masalah.

Seksyen A tu macam senang nak jawab tapi hah tu dia, korang punya pengetahuan am kena tip top. Contohnya, kena tahu apa kebaikan GST, apa itu Suruhanjaya Reid, pasal lantikan Sultan, dan macam-macam lagi la. Ada juga soalan pasal komputer. Agak-agak korang tak tau, gunalah google. Tapi serius, walaupun korang guna Google, masih tak sempat juga nak jawab semua soalan kalau korang tak buat persediaan. Daku sendiri main tembak je bila dah perasan masa dah tak banyak.

Seksyen B pula macam susah nak jawab. Tapi bagi pendapat daku, lebih senang daripada Seksyen A sebab lebih kepada mengira. Daku kan suka mengira. Cuma untuk formulanya, kena rujuk buku sekolah menengah. Tak pun Google je formula-formula yang berkaitan. Tapi ada juga dalam 3-4 soalan yang daku tak dapat jawab. So, apalagi, tembak je la kan.

Tepat pukul 9.40 malam, daku pun selesailah menjawab kedua-dua seksyen. Mungkin kerana guna internet opis, smooth je soalan keluar. Takde loading. Daku ada tengok rungutan beberapa calon exam ni dalam FB SPA. Dorang kata asyik loading je, tak dapat nak jawab langsung. Ada yang dapat jawab tapi tu la, tak sampai separuh daripada keseluruhan soalan sebab loading lama punya pasal. Tapi al-hamdulillah, tak sia-sia daku memilih ofis untuk jawab soalan ni. Semua soalan daku berjaya jawab walaupun ada yang tembak je.

Dan kemudian, keputusan exam online tu dah pun keluar pada 13 Disember yang lepas. Next time daku kongsi apa keputusannya ye.


  • Share:

You Might Also Like

0 berkongsi idea

Pendapat anda amat dihargai.