Sejak dah berpindah tempat kerja ni, daku sentiasa beringat supaya jaga tutur kata dan perangai. jangan mudah percaya pada orang lain. sebab ada orang yang depan nampak baik tetapi di belakang adalah sebaliknya. senang cerita, kawan makan kawan.
Kalau tak sukakan seseorang pula, janganlah mudah sangat nak komen pasal orang tu kat orang lain. bimbang orang yang kita kongsi cerita tu adalah seorang penyampai. depan kita, dia dok iyakan dan join kutuk orang yang kita komen. tapi rupanya dia cerita pula pada orang yang kita komen.
Dan lagi satu, kalau ada seseorang yang dok kutuk orang lain, jangan teringin nak menambah rencah ye. esok lusa dia geng pula dengan orang yang dia kutuk tu, silap haribulan dia cerita pula dengan orang tu pasal rencah yang kita tambah.
Kesimpulannya, hendaklah dikau menjadi pendengar sahaja. kalau boleh, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. kalau dikau tidak puas hati dengan orang lain, dikau mengadulah pada Allah. jangan mudah mengadu pada orang lain.
5 berkongsi idea
Ya, tutur kata memang kena berhati-hati.
ReplyDeleteOrang ni kita tak tahu dia macam mana, sampailah tunjuk perangai sebenarnya.
assalamulaikum ibunoey
ReplyDeletesorry lama tak singgah. saja ambil tempoh bertenang. hehe
samalah kita, bertukar tempat kerja juga
mengikut ke mana rezeki bawa. hehe
betullah tu. saya setuju.
bahaya yang jahat belakang ni. pada saya biar jahat nampak
Memang ramai yg mencelah bila orang mengutuk orang lain.
ReplyDeletememang tepat sekali.
stuju dengan ayat last.. mngadulah dekat Allah..
ReplyDeletestuju ayat last..
ReplyDeletePendapat anda amat dihargai.