Al-hamdulillah, setelah bertahun mengharap, akhirnya yang diimpikan pun dapat. Ya, IbuNoey akhirnya dikurniakan seorang anak perempuan. Patutlah banyak dugaan sewaktu mengandung dulu. Rupanya ada rahmat di sebalik kesukaran itu.
Lahir pada 09 Februari 2017, dengan berat sebanyak 2.82 kilogram, IbuNoey cukup bersyukur dengan kurniaan Allah ni. Lepas ni, stop dulu fikir pasal nak mengandung lagi. Maklumlah, dah dapat apa yang diinginkan. Kalau boleh, nak beri perhatian lama sikit pada anak dara sorang ni.
Bercakap pasal perhatian, tak dinafikan IbuNoey cukup cerewet serba serbi benda berkaitan anak perempuan IbuNoey ni. Bermula dari melahirkan sampailah sekarang. Soal pengasuh, soal tangisan, soal kesihatan, soal keselesaan. Serba-serbi gitu. Tapi tak bermakna IbuNoey tak prihatin pada anak-anak sebelum ni. Cumanya kali ni keprihatinan tu lebih sikit la. Kadang sampai tak boleh nak tidur bila fikir.
Sekarang ni, usia si kecil dah 3 bulan. Dalam tempoh tu, banyak juga dugaan lain yang datang. Kadang tak mampu nak hadapi. Tapi yelah, nak tak nak, kena juga hadapi. Masa bersalinkan si kecil ni, memang tak ada masalah. Tak sesukar masa anak pertama dan tak sesakit masa anak kedua. Dialah yang paling mudah nak keluar.
Masa 9hb tu, seawal pukul 6 pagi, IbuNoey dah mula rasa kontraksi. Sempat lelap sampai pukul 6.30 pagi. Bermula 6.30 pagi tu, IbuNoey dah rasa kontraksi selang 10 minit. Kemudian, sekitar 7.00 pagi, IbuNoey dah tak boleh tidur sebab risau kalau tidur nanti kontraksi hilang. Dalam pukul 7.30 pagi, IbuNoey mandi dan masa tu ada keluar darah sikit. Terus cepat-cepat ajak AyahMal pergi Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju.
Selepas buat bacaan CTG dan doktor check bukaan serviks, IbuNoey masuk ke labour room dalam pukul 10.00 pagi. Berbekalkan jam di dinding, IbuNoey kira peningkatan kontraksi dari 10 minit kepada 5 minit kepada 3 minit. Dan akhirnya, pukul 11.15 pagi, IbuNoey selamat melahirkan si kecil yang diberi nama Nurin Sarah. Sepanjang berada dalam labour room tu, AyahMal memang ada di sisi jadi peneman. Syukur sangat sebab bersalin kali ni pun AyahMal saksikan depan mata.
Pada kawan-kawan yang sedang menanti zuriat, IbuNoey doakan moga rezeki itu ada untuk kamu. Pada mereka yang menanti macam IbuNoey, IbuNoey doakan semoga kamu dikurniakan apa yang kamu inginkan. Yang penting usaha dan berdoa serta bertabah dengan apa jua dugaan.
Nah, IbuNoey belanja gambar sekeping.
0 berkongsi idea
Pendapat anda amat dihargai.