PEPERIKSAAN KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN (KPSL) W27

By Permata Malap - 3:13 pm

Al-hamdulillah.. minggu lepas IbuNoey selesai menjalani peperiksaan KPSL untuk memasuki skim perkhidmatan W27.. baru selesai exam ye, keputusannya lambat lagi... berbulan-bulan juga nak tunggu result tu.

Sebenarnya, IbuNoey baru pertama kali ambil exam ni setelah hampir 6 tahun berkhidmat dalam kerajaan. malu sebenarnya nak ambil exam ni dengan pengetahuan IbuNoey dalam bidang kewangan yang amatlah kerdil. tapi cuba jugak la. manatau ada rezeki. lagipun nak juga ukur setakat mana pemahaman IbuNoey dalam bidang kerja IbuNoey sekarang.

Exam ni ada dua paper tau, dijalankan pada hari yang berasingan. paper pertama, esei. paper kedua pula kajian kes. nak tahu lebih lanjut, klik sini... overall, apa yang IbuNoey dapat simpulkan, buku rujukan perlu lengkap. kalau tak, memang tak dapat jawablah...

Paper pertama untuk tahun ni, dua soalan keluar berkenaan Audit. dan seriously, memang IbuNoey tak dapat nak jawab sebab buku rujukan takde.. tapi IbuNoey tenangkan diri sebab ini pengalaman pertama ambil exam ni kan.. so, next year, haruslah persiapkan semua bahan rujukan yang berkaitan. dan oleh kerana IbuNoey tak tahu dan tak dapat nak jawab, IbuNoey pun rajinkan diri untuk salin soalan. so, tunggu next entri, IbuNoey akan kongsikan soalan untuk seksyen A punya bagi tahun 2014 ye.. hehe..

Dan paper kedua pula, al-hamdulillah, dapat jawab 100% sebab bawa buku rujukan yang berkaitan. tapi nak cerita, buku rujukan tu pun last minute baru beli tau. nak tahu buku apa? buku Prinsip Akaun SPM punya. tapi masa google beberapa hari sebelum exam kan, ada yang cakap buku Prinsip Akaun SPM tak dibenarkan bawa masa exam tu. yang dibenarkan hanya Prinsip Perakaunan keluaran Oxford sahaja. tapi IbuNoey bawa jer buku Prinsip Akaun SPM tu. mujurlah pengawas peperiksaan tak kata tak boleh guna buku tu. so, pulun la sebab soalannya 99% berkaitan pengiraan. format pengiraan semuanya ada dalam buku. jadi, untuk sekyen B tahun 2014, IbuNoey tak sempat salin soalan ye..

So, kita tunggu keputusannya beberapa bulan lagi ye..

  • Share:

You Might Also Like

3 berkongsi idea

  1. doa2 moga dptlah naik pangkat kak.. :) amin amin

    ReplyDelete
  2. Wah...bagus ni.. moga berjaya ya.. insyaAllah berkat kerja baik dan ikhlas tu pasti berjaya

    ReplyDelete
  3. semoga berjaya.
    thanks ye singgah blog.sori sbb x ddpt bw.tgh berpntng skrg.
    lps ni in shaa Allah blh bw sperti biasa..

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.