TIPS PERBANYAKKAN SUSU IBU

Kali ni IbuNoey nak kongsi satu resepi ala kadar walaupun tajuk kat atas berkaitan tips.. sebabnya, bahan yang digunakan sering dikatakan mampu membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Okeylah,di sini IbuNoey kongsikan resepinya. senang jer nak buat. tak perlu ada kepakaran sangat. 

Bahan-bahannya:
1. daun kucai (ikut banyak mana yang kita nak)
2. satu labu bawang besar
3. lobak merah
4. tauhu kering (potong empat)
5. jagung muda
6. minyak masak
7. garam secukup rasa





Cara-cara memasaknya:
1.  Goreng tauhu kering dengan minyak yang banyak sehingga agak kekuningan. 
2. Masukkan bawang besar, jagung muda dan lobak merah.
3. Masukkan daun kucai. Tumis sehingga layu.
4. Perasakan dengan garam sesedap rasa masing-masing.

So far, dah dua kali masak resepi ni. memandangkan AyahMal jenis yang kurang sikit makan sayur-sayuran, jadi memang payah nak dengar dia kata sedap kalau bab-bab sayuran ni. tapi dengan resepi serba ringkas ni, terkeluar gak perkataan sedap tu. tu yang masak berulang tu... so, silakan mencuba...
Kongsi Artikel Ini :
+
Previous
Next Post »
0 Komen untuk "TIPS PERBANYAKKAN SUSU IBU"

Pendapat anda amat dihargai.

 
Copyright © 2014 Langit Berpelangi - All Rights Reserved - DMCA
Template By Kunci Dunia