SEWA BREASTPUMP MURAH

Al-hamdulillah.. niat IbuNoey untuk fully breastfeeding Farhan  masih berjalan dengan lancar. dah genap 4 bulan usia Farhan, IbuNoey masih lagi gigih mengepam dan menyimpan stok buat Farhan di samping direct breastfeeding.

Tapi sejak beberapa minggu ni, IbuNoey perasan kuantiti susu masa mengepam semakin kurang. dulu, sekali pam, boleh dapat 12 oz. paling sedikit pun 10 oz, sekarang ni, cuma dapat dalam 7-8 oz. nak kata tak minum air banyak, tak jugak sebab selalunya kat ofis, memang 2 liter menjadi pilihan IbuNoey untuk dihabiskan. nak kata kurang makan, tak jugak sebab IbuNoey ni kalau makan, fuh, penuh pinggan.

So, selidik punya selidik, barulah perasan akan kemalasan IbuNoey dalam mengepam ni. hehe.. yelah, sebenarnya, basic nak meningkatkan penghasilan susu ni hanyalah dengan kerap mengepam dan banyakkan minum air. makanlah supplement apa pun, kalau MALAS nak mengepam, kuranglah produksi. so, sekarang ni, tengah berkira-kira nak beli pam jenis elektrik sebab sekarang ni IbuNoey pakai pam manual. tapi bila fikir balik, risau jugak nanti tak berbaloi buat IbuNoey kalau nak beli baru. bila dok godek dalam google pasal pam murah, ternampak satu website yang menyediakan khidmat sewa breastpump. erm, ada jugak rupanya ye..

Rasanya berbaloi tak kalau nak sewa? kalau berbaloi, ada tak kawan-kawan yang nak sewakan breastpump dengan harga murah? IbuNoey tak nak pakai lama pun. cukup nak bagi 'semangat' semula. hehe.. kalau ada, bagitau tau..
Kongsi Artikel Ini :
+
Previous
Next Post »
3 Komen untuk "SEWA BREASTPUMP MURAH"

pump tu pun ada yg kenis sewa yer.. 1st time dengar.. hehehe..
menabung sini.. :)

ada jugak erk yang buat sewa mende tu.. hehe...

Jenis tak banyak susu mcm saya kena juga makan supplement. Pam je xbanyak. Lepas saya ambil supplement baru meriah susunya.

Pendapat anda amat dihargai.

 
Copyright © 2014 Langit Berpelangi - All Rights Reserved - DMCA
Template By Kunci Dunia