SUSU S26 GOLD VS DUTCHLADY 123

Welcome DutchLady!


Sekian lama setia pada susu S26 Gold, akhirnya Firas dah tukar susu kepada Dutch Lady 123. mula-mula tu, risau jugak nak bagi sebab dulu dia pernah cirit birit teruk gara-gara tukar susu. sudahnya, lanjutkan je lah penggunaan susu S26 Gold.

Dah seminggu lebih dah Firas tukar susu. IbuNoey terfikir nak tukar susu pun sebab tengok Firas ni payah benar nak makan nasi. tengok berat pun, tak bertambah. statik jer 10 kilo dari bulan Disember tahun lepas. IbuNoey fikir mungkin kerana susu S26 Gold ni mengenyangkan, maka Firas pun tak berapa lalu nak makan nasi. so, cubalah dengan susu Dutch Lady 123.

Kawan-kawan ofis pun rata-rata pakai susu Dutch Lady. harga pun berpatutan kan. dan alhamdulillah, Firas boleh terima dengan jayanya. dan alhamdulillah juga sebab nampaknya selera Firas semakin bertambah. dulu susah benar nak makan nasi putih dengan lauk ni. sekarang, dia sendiri yang minta ayam, ikan. kalau dulu, telur jer memanjang. roti pun sekarang dia makan juga. pendek kata, dah banyak jenis makanan yang dia nak. kalau sayur tu, belum lagi la. dalam proses nak ajar dia makan sayur. haruslah jadi macam IbuNoey yang sangat sukakan sayur-sayuran nih.. hehe..

So, sekarang ni, balik jer rumah, masak nasi dulu sebelum ambil anak-anak kat rumah pengasuh. kalau tak, sampai jer rumah, kelam kabut nanti IbuNoey bila Firas sibuk nak minta nasi. kadang-kadang tu, IbuNoey bagi biskut dulu untuk alas perut. tapi kadang Firas ni tetap nak juga apa yang dia nak. haha.. boleh faham tak tu?

Pada mak ayah kat luar sana, kalau anak susah nak makan, cubalah tukar susu. hehe.. ikhtiar kan...

Bye-bye S26 Gold....



Kongsi Artikel Ini :
+
Previous
Next Post »
7 Komen untuk "SUSU S26 GOLD VS DUTCHLADY 123"

lega kan bila tukar susu takde masalah..

anak akk semua pakai susu dutch lady ni...

anak mmber pon ramai yg mnm susu dutch ldy.
mmg nampak slera makn dorng bertambah..
nak nak makan nasi atau mee..

Anak akak pun sume minum susu dutch lady.. Yg first dulu jer anmum essential... tapi sume lepas stop BF ler...

jgn kata budak2. yg dah besar ni pun minum dutch lady jgak. cuma bukan dutch lady 123 lah. hikhik

Nazif pun tak nak makan sangat. Tapi dia tak minum susu formula sangat kalau kat rumah. Tu yg rasa kalau tukar susu pun tak berkesan dlm kes nazif ni..

tak sangka ye susu pun mempengaruhi selera mkn anak. anak saya dari lahir bg susu enfalac...dan tukar beberapa susu mahal yg lain sebab asyik sembelit. satu hari terpikir nak bagi susu murah jer mana tau serasi..sblum tu dah syorkan kat husband tp dia takut susu murah lagi teruk effect. tapi saya tawakal jer diam2 try beli lactogen nestle...alhamdulillah anak saya elok jer membuang hari2 takde masalah. klu sebelum ni 2 ke 3 hari bru dia blh berak lps tu selalu kena kembung perut. tak semestinya yg murah tak bagus :)

Pendapat anda amat dihargai.

 
Copyright © 2014 Langit Berpelangi - All Rights Reserved - DMCA
Template By Kunci Dunia