MAAL HIJRAH, AKU MAHU BERUBAH!

By Permata Malap - 4:43 pm

Sejak akhir-akhir ni, susah benar nak up entri. Bukannya takde idea, tapi selalu hilang idea di pertengahan entri. Sudahnya, banyak entri yang dah masuk ke folder draft. Setakat ni, hampir 10 entri yang sekadar draft, belum berpindah ke schedule atau published. Nak delete, macam sayang pula.. Huhu.. Tak pelah, in shaa Allah entri-entri tu semua akan jadi published satu hari nanti.. Ini azam IbuNoey untuk permulaan tahun hijrah kali ni.. Hehe..

Ups, lupa pula.. Selamat menyambut Maal Hijrah kepada semua yang beragama Islam. Apa plan hari ni? IbuNoey takde plan untuk hari ni. Just duduk rumah dan spend time dengan keluarga.

Lazimnya, kalau tahun baru kalendar biasa, kita mesti bersemangat nak buat azam kan? Ngaku cepat... Haha.. IbuNoey pun tak terkecuali la. Tapi setakat ni, payah juga azam tu nak berjaya. So, kali ni nak buat azam sempena Maal Hijrah pula.. Nak tahu apa dia? Jom.,.


  • Nak jadi ibu yang lemah-lembut. Erm, sebabnya IbuNoey ni agak garang kalau dibandingkan dengan AyahMal. Berleter adalah rutin harian IbuNoey. So, nak kurangkan sikit. Dapat jadi lembut pun tak pe dah.. Boleh ke ye?
  • Nak jadi ibu yang sihat. Untuk pengetahuan, masa bujang dulu, IbuNoey ni kerap tak sihat. Dengan migrain, dengan gastrik, dengan demam teruk walau terkena setitik air hujan, dengan PMS. Dan tak dinafikan lepas dah ada dua orang anak ni pun IbuNoey kadang-kadang jatuh sakit yang sama. So kali ni tak nak sakit-sakit dah. Maybe boleh cuba makan suppliment kan...
  • Tidak membuang masa. Erm, ni tabiat memang sukar nak buang. IbuNoey ni kira gila main game juga. So kadang kat rumah, bila anak-anak tidur, kononnya nak layan game kejap. Tapi bila dah leka, mulalah terlanjur sampai anak dah bangun dari tidur. Sudahnya, banyak kerja rumah yang terbengkalai.. Hahaha.. Jangan jengil mata... Ni pengakuan ikhlas ni... Erm, so azamnya, tak nak dah leka dengan game. Kalau nak leka pun, baik leka dengan blog. Betul tak? Hohohoho...
  • Tidak menangguhkan kerja. Okey, ni penting apabila berada di pejabat. Nak-nak lagi sekarang ni, dah hujung tahun. Nak kena buat payment, nak kejar prestasi kewangan. Woooo, bunyi macam busy bebenar... Tak kisahlah.. Yang penting, biarlah azam ni berjaya. Sebab setiap tahun buat azam ni tapi susah nak menjadi.

Okeylah, rasanya cukuplah empat azam. Nak letak banyak azam pun, belum tentu lagi salah satunya berjaya. Haha... So, kita tunggu dan lihat..
 
So, apa azam anda?



  • Share:

You Might Also Like

1 berkongsi idea

  1. Wah.. azam yang cukup baik ni. Sila istiqamah ya..

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.