SUSU DUTCH LADY 123 NAIK HARGA?

By Permata Malap - 12:50 pm

Nak kata geram, ada juga. nak kata terkilan, pun ada juga. nak kata pelik, pun ada juga.. kenapa? sebab susu Dutch Lady 123 naik harga semalam..

Kisahnya, semalam kami pergi ke AeonBig Wangsa Maju. itupun tanpa dirancang sebab bila tengok kat dapur, stok susu Firas dah tahap kritikal. so, dalam pukul 9 malam kami gerak ke Aeon Big.

Sesampainya di sana, kami teruslah pergi ke bahagian susu dan pampers. sekilas, nampak ada promoter kat kawasan tu. tapi IbuNoey buat tak tahu je sebab tak berapa ada mood dengan keadaan kesihatan IbuNoey sekarang ni. so, tengok kat bahagian promosi, ada susu Dutch Lady. IbuNoey nak grab dah. tapi terdengar orang sebelah kata macam ni, "Eh, kenapa harga RM30?". IbuNoey terkejut sekejap. terus tengok tanda harga. eh, betullah, tanda harga yang besar terpampang tu bertulis RM30.80. IbuNoey tak puas hati lagi. tengok pula kat sebelah bahagian tepi. eh, sama juga.

Lepas tu, terdengar promoter yang IbuNoey nampak masa mula-mula datang tadi kata macam ni, "Hari ni ada promosi. beli satu pek, dapat free container. nanti lepas bayar, kami akan tolong buka pek untuk tengok kalau ada itu logo. redeem RM300 on the spot kalau ada logo."

Oh, tengah promosi rupanya. tapi kalau promosi, kenapa harga naik sampai RM30? macam tak berbaloi je. selalunya kalau promosi, harga susu Dutch Lady 123 boleh dapat dalam RM21.90. kalau tak promosi, dalam RM24.90 gitu kut. ni kerana untuk dapatkan RM300 yang belum pasti boleh dapat, naik harga sampai RM30.80? serius, promosi apakah ini?

IbuNoey tak tahulah kalau promosi ni dianggap satu strategi pemasaran yang hebat sebab IbuNoey pun tak expert bab pemasaran ni. tapi serius, bagi IbuNoey ianya sangat tak sesuai. pertambahan RM8 tu agak menjengkelkan buat IbuNoey. bukanlah nak berkira bab beli susu anak tapi ini disebabkan IbuNoey dah tahu harga sebenar susu ni. so, bila nampak sangat kenaikannya, sangat tak berbaloi kalau beli.

Apa yang IbuNoey nampak, dengan penambahan RM8 ini, pembeli akan dapat kebaikan ni:

~ Percuma satu container. tapi tak besar manapun.
~ Ada lagi free gift kecil yang lain.
~ Redeem on the spot RM300 tu itupun kalau kat dalam pek tu ada logo bentuk love). so, tak perlu susah payah beratur kat pejabat pos untuk hantar pek yang berlogo.

So, itu satu keuntungan yang besar ke? tepuk dada, fikir-fikirkan. demi penjimatan, IbuNoey terus ambil keputusan beli yang pek 650g sahaja. dan hari ni akan cari kat tempat lain pula. manalah tahu hanya kat Aeon Big sahaja yang promosi harga RM30.80.


Nota : Tak perlulah labur RM8 semata-mata harapkan RM300. mungkinkah ianya boleh dianggap sebagai satu pertaruhan?

UPDATE 06/11/2014
~ Keesokan harinya, IbuNoey beli beberapa pek di kedai runcit biasa dengan harga RM22.90 sepaket.

  • Share:

You Might Also Like

5 berkongsi idea

  1. Susu je ke naik harga? Saya jenis yang tak tengok sangat harga.. tapi saya beli di tempat biasa saya beli dan yakin harga ok. Baru2 ni kawan2 mengeluh yang kebanyakan barangan yang diorang memang tahu pasti harganya naik harga. Tempat beli pulak dia tempat yang biasanya memang harga murah. Setiap barang tu dah naik harga beza dlm 50 sen lebih kurang. Duk bincang2 pasal ni, ada yag kata sebab nak ada GST yang jadi macam ni .. entah la btl ke x. Tapi yang pasti kos bertambahla. Sekali shopping kalau dulu kurang ni sekarang kena sedia duit lebih la..

    ReplyDelete
  2. ANAK SY MAKAN DUCT LADY JUGA TP SY MMG CR HARGA 22 KEBAWAH JE ..KLU LEBIH MMG X BELI LA..hehe..**kalau nak susu murah beli kedai ubat untung sikit..sy selalu beli mydin & tesco je

    ReplyDelete
  3. container dgn free gift tu percuma lah sgt kalau dh smpai harga naik mcm tu sekali kan.

    ReplyDelete
  4. oo.. patut lah.. sbb promosi rm300 tu naik smpi rm8.. dahsyat sgguh.. sy pun pelik jgk harga susu DL naik..sbb sblm ni susu maintain harga RM21.90-RM23.. nasib sy xbeli kat aeon big aritu, gigih jgk lah cri kat tmpt len.. klu kat putrajaya ni Pasaraya darussalam memang femes tmpt tu org beli pampes ngn susu.... xyah tggu promosi harga tetap murah..

    ReplyDelete
  5. strategi perniagaan la tu.. kerane RM300 yang belum tentu dapat kite kene bayar lebih RM8.. kalau jenis orang yang mengejar lago tu.. beli 10 pek dah RM80.. pe,baziran betul..

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.