FIRST DAY FIRAS DI TADIKA

By Permata Malap - 12:59 pm

anak sekolah pertama kali
Al-hamdulillah. Dua hari lepas Firas dah menjejakkan kaki ke Tadika Islam dengan jayanya. Sangat bersyukur sebab dia behave sangat. Bangun pagi senang je masa kejutkan dia. Mandi pun okey je walaupun terketar-ketar sikit sebab sejuk. Bila tanya nak pergi mana, dia cakap, "Nak pergi sekolah. Nak jumpa cikgu dengan kawan-kawan."

Memandangkan ini pengalaman pertama IbuNoey menghantar anak ke sekolah dan merupakan pengalaman pertama untuk Firas ke sekolah, jadi IbuNoey ambil keputusan untuk ambil cuti selama dua hari. Itupun setelah meminta pandangan bekas kawan seofis dulu. Katanya ambillah dua hari untuk selamat. Sebab, risau hari pertama anak-anak masih tak biasa jadi hari kedua boleh latih lagi. Tapi al-hamdulillah sebab hari pertama pun Firas dah behave. So, hari kedua ni, just tunjukkan adik lelaki kat mana kelas Firas. Sebab lepas ni, adik lelaki yang akan hantar Firas ke tadika setiap hari.

Hari pertama, IbuNoey pergi sekali dengan AyahMal untuk hantar Firas ke tadika. Kami naik moto je. Sampai kat pagar, AyahMal just tunggu kat luar pagar sementara IbuNoey bawa Firas masuk ke bangunan sekolah. Kena naik tangga untuk sampai ke kelas sebab kat tingkat bawah hanya ada kantin. Sampai je kat tingkat khas untuk budak-budak tadika, memang agak bersesaklah sebab mak ayah ada yang berdiri di tepi koridor. Mujurlah IbuNoey ni kecik je, so senang nak menyelit. Ngeh, ngeh, ngeh.

pengalaman pertama
Mula-mula tu sesat sekejap sebab tak tahu kelas Firas yang mana satu. Lepas dah nampak senarai nama yang ditampal pada dinding, barulah suruh Firas buka kasut kat depan kelasnya. Dalam pada melilau mencari kelas Firas tu, adalah beberapa orang budak menangis tak nak masuk kelas. Cikgu sebelah kelas Firas tu siap tutup pintu sebab tak nak anak murid dia lari. Tapi pintu kelas Firas terbuka macam biasa. Cool je cikgu Firas tu. Firas pula masa tengok budak-budak lain menangis, dia cakap, "Eh, dorang nangislah." Ahahaha. Mentang-mentanglah ko rileks je ye, nak.

Lepas dah buka kasut, IbuNoey pimpin dia masuk dalam kelas. Suruh dia duduk kat kerusi kosong. Dia duduklah. Lepas tu IbuNoey suruh dia tunggu sekejap sebab nak sembang dengan cikgu. Cikgu bagitahu untuk hari pertama, kelas habis awal sikit. Dalam pukul 11 pagi. Okey, mungkin tak nak bagi budak-budak 'terkejut' dengan suasana baru. So, lepas dah bersalaman dengan cikgu, IbuNoey pun keluar dari kelas dan tengok gelagat Firas secara sembunyi-sembunyi. Firas rileks je duduk. Tak adalah melilau-lilau nak cari IbuNoey. Dia duduk, main dengan permainan yang cikgu bagi sambil tengok budak yang nak lari ikut parents kat depan pintu kelas. Dalam lima minit gitu, IbuNoey minta AyahMal datang jenguk Firas. Bila Firas nampak AyahMal, dia just bagi isyarat tangan tanda best. Risau juga kalau tiba-tiba nampak AyahMal tu, Firas buat perangai. Tapi al-hamdulillah, dia tak buat hal pun. Lepas dah pastikan Firas boleh adapt suasana baru tu, AyahMal dan IbuNoey pun balik rumah.
pakaian tadika islam

Dalam pukul 11 pagi, kami datang semula untuk ambil Firas. Bawa Farhan sekali. Teruja Farhan tengok ramai orang. Tapi Farhan dan AyahMal just tunggu di depan pagar je la sementara IbuNoey pergi ambil Firas. Bila Firas nampak IbuNoey je, senyum macam nak sampai telinga. Gembira nak balik kut. Lepas tu, sampai kat rumah, dia sembang pasal apa yang dia buat kat sekolah. Katanya cikgu ajar nyanyi ABC. Firas memang dah boleh sebut ABC sebab kat rumah selalu pasang lagu ABC dari Didie and Friends tu.

Lepas tu dia cerita dia ada dua orang kawan. Yang sorang tu namanya Botak. Aik? Takkanlah nama Botak. Dia sungguh-sungguh cakap ye. Sebab katanya kepala budak tu botak. Lepas tu dia ada bagitau dorang makan roti kat tadika. Cikgu yang bagi katanya. Banyak lagilah dia cerita. Selepas dah penat bercerita, barulah dia tertidur. Al-hamdulillah, anak. Moga kamu berterusan behave begini sehingga hujung tahun. Dan semoga menjadi anak yang soleh ye.


My Mind : Sayu bila tengok anak makin membesar.








  • Share:

You Might Also Like

3 berkongsi idea

  1. wahh , belajar rajin rajin yer.
    semoga menjadi anak yang baik :)

    ReplyDelete
  2. pengalaman pertama memang begitu
    samalah saya dulu pun. nanti ada masuk sek ren lagi teruja
    saya sampai seminggu cuti. melampau betul. haha
    padalal si anak relax aje =)

    ReplyDelete
  3. bestnya dpt dgr citer anak anak di sekolah kan.
    teringat pulak gelagat anak anak di tadika dulu.
    rindu dorang.thn ni dh darjah dua dah..
    sekejap je kan masa bergerak.

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.