KENANGAN HARI INOVASI JPAM

bunting inovasi

Kenangan terakhir di JPAM - terlibat di dalam pertandingan mencipta bunting mewakili Bahagian Kewangan. Syukur al-hamdulillah, walaupun buat draft di petang hari sehari sebelum pertandingan, dapat jugak tempat kedua (menurut bos besar Bahagian Kewangan).

guna adobe photoshop

Itupun kalau rezeki lebih, mungkin boleh dapat tempat pertama. Sayangnya format logo pula salah. Sepatutnya logo jabatan perlu diletakkan di atas dan bersebelahan dengan jata negara. Akibat miscommunication, maka terhasillah bunting yang salah format sedikit. Tapi bunting sangat menepati tema. Tu yang boleh dapat nombor dua. Itu menurut apa yang diberitahu oleh juri la.

idea untuk buat bunting

Wakil daripada Bahagian Kewangan untuk buat bunting ni hanya ada 3 orang sahaja termasuk IbuNoey. Kesemuanya perempuan. So, bertungkus lumus la nak siapkan. Dah namanya perempuan yang buat, mestilah kaler tu kaler ceria. Hinggakan ada mulut-mulut yang kata lukisan budak tadika okeyh. Tapi kami pekakkan telinga je. Lepas tu masa gantung bunting tu untuk dinilai oleh juri, ada pula mulut kata bunting kami tu iklan susu sel otak berkembang. Ahaha. Dorang tak tahu yang gambar tu menepati tema sebenarnya. Bertepatan dengan Sinergi Kreativiti. Apa tu sinergi? Korang try google la ye.

ketumbit di mata

Dalam pada nak siapkan bunting ni, mata IbuNoey mula alami masalah. Tapi digagahkan juga walaupun member yang dua orang lagi tu suruh IbuNoey berhenti rehat. Yelah, sianlah dorang nanti. Tapi al-hamdulillah, usaha berhasil juga walaupun mungkin ala kadar je hasilnya. Mula-mula, lepas tahu keputusan pertandingan tu, macam teringin nak join lagi tahun depan. Tapi sudahnya, IbuNoey dah berpindah ke MITI. So, tak dapat join lagi la. Tapi tak apalah, kenangan terakhir ni kan tetap kekal di ingatan. Cheeewah.

Nota Kaki : Sekarang ni jarang sikit update blog. Bukan busy tapi sebab tak da idea nak mengarang entri walaupun banyak benda nak dikongsikan.
Kongsi Artikel Ini :
+
Previous
Next Post »
1 Komen untuk "KENANGAN HARI INOVASI JPAM"

alhamdulillah tahniah
hasil kerjasamaa
dh pindah tempat baru la ye skrg ni ?

Pendapat anda amat dihargai.

 
Copyright © 2014 Langit Berpelangi - All Rights Reserved - DMCA
Template By Kunci Dunia