Pagi ni, sewaktu memandu menuju ke pejabat, terdengar berita daripada Suria FM berkenaan caj GST bagi tambah nilai prabayar. Yelah, kan beberapa hari lepas timbul isu 7 Eleven mengenakan GST pada tambah nilai prabayar walhal hakikatnya tambah nilai prabayar tak dikenakan GST. Tapi sekarang ni, menurut berita tu, tambah nilai prabayar memang dikenakan GST sekarang.
So, demi info selanjutnya dan sahih sebab risau salah dengar tadi, IbuNoey pun bukalah Harian Metro. Terpampang tajuk Syarikat Telco Kekal Caj GST. Antara isi kandungannya:
"Putrajaya: Syarikat telco akan tetap mengenakan caj enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada kad tambah nilai prabayar masing-masing namun, pada masa sama menawarkan kredit masa berbual dan khidmat pesanan ringkas (SMS) lebih RM1 kepada mereka yang melanggan perkhidmatan itu. "
Erm, so lepas ni, kalau beli top-up RM10.00, kena bayar RM10.60 la. Kalau beli RM30, kena bayar RM31.80 la. Kalau beli RM40.00, bayarlah RM42.40 kan. Macam-macamlah GST ni,
Oh ye, kalau nak lebih tahu berita lanjut, sila layari Harian Metro.