Pagi ni, sewaktu memandu menuju ke pejabat, terdengar berita daripada Suria FM berkenaan caj GST bagi tambah nilai prabayar. Yelah, kan beberapa hari lepas timbul isu 7 Eleven mengenakan GST pada tambah nilai prabayar walhal hakikatnya tambah nilai prabayar tak dikenakan GST. Tapi sekarang ni, menurut berita tu, tambah nilai prabayar memang dikenakan GST sekarang.
So, demi info selanjutnya dan sahih sebab risau salah dengar tadi, IbuNoey pun bukalah Harian Metro. Terpampang tajuk Syarikat Telco Kekal Caj GST. Antara isi kandungannya:
"Putrajaya: Syarikat telco akan tetap mengenakan caj enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada kad tambah nilai prabayar masing-masing namun, pada masa sama menawarkan kredit masa berbual dan khidmat pesanan ringkas (SMS) lebih RM1 kepada mereka yang melanggan perkhidmatan itu. "
Erm, so lepas ni, kalau beli top-up RM10.00, kena bayar RM10.60 la. Kalau beli RM30, kena bayar RM31.80 la. Kalau beli RM40.00, bayarlah RM42.40 kan. Macam-macamlah GST ni,
Oh ye, kalau nak lebih tahu berita lanjut, sila layari Harian Metro.
5 berkongsi idea
Itulah akibat bila berbuat tindakan tanpa berfikir akibat yg akan ditanggung rakyat marhaen. IbuNoey bayangkan bukan satu-dua ratus org terlibat tapi berjuta rakyat. Melampau hal kecil begini tak terfikir langsung. Sekarang baru nak dibincangkan dan sebulan lagi baru nak tahu keputusannya... Kalau dimansuhkanpun kakak rasa sebulan aje dari cuma 6% sykt yg terlibat dah untung berlipat-lipat kali ganda..
ReplyDeletehuhu.. akhirnya mmg kena tmbh 0.60 dgn alasan tmbh lg masa dan sms.. snng citer =)
ReplyDeletecakap xserupa bikin la..geramm betul gan gst ni
ReplyDeletesemalam baru beli barangan dapur. ada kedai x pakai sistem gst. jimat duit kami berbelanja. harga pun masih sama, kekal.
ReplyDeletetapi ada gak beli barangan kat kedai lain, ada harga yg melonjak naik. part yg x faham pasal gst ni, barang mana 1 yg diorg kasi turunkan harga. yg turun sebanyak 10% tu. tengok harga kat kedai ada harga yg maintain. patutnye harga tu jd kurang lepas guna gst.
Peninglah Malaysia ni. Kerajaan dia tah apa apa tah. kejap kena kejap tak kena.
ReplyDeletePendapat anda amat dihargai.