Belek punya belek entri-entri dalam senarai draf, ternampak pula entri pasal Hotel Seri Malaysia. Punyalah lama dah entri ni. Konon nak sambung lepas publish entri sebelum ni. Sekalinya terlepas pandang dah. Huhu. Okeylah, jom kita tengok kemudahan yang ada di Hotel Seri Malaysia Melaka ni.

Ini ruang untuk bersantai-santai yang terletak betul-betul di pusat bangunan. Erk, faham tak apa yang IbuNoey cuba maksudkan ni?

Ada swimming pool kat bawah. Sebelah kiri untuk anak-anak, sebelah kanan untuk dewasa. Tapi kami tak sempat nak menyinggah mandi sebab duduk pun satu malam je.

Ini TV yang disediakan dalam bilik kami. So, taklah bosan kalau duduk dalam bilik pun.

Masa untuk makan. Tempat makannya agak berseri cuma ruang agak kecil. Tapi kalau tak cukup ruang kat dalam, boleh makan kat luar sebab ada meja dan kerusi disediakan di luar. Dan pada smokers tu, eloklah makan kat luar ye.

Menu nasi lemak dan macam-macam lagi. Tapi IbuNoey ambil sikit-sikit supaya dapat merasa makanan yang lain. Hehe. Bila lagi kan?

Menu kampung-kampung gitu. Cucur Adabi. Eh, taklah. Ni cucur yang orang hotel ni buat. Digoreng secara live. Sosnya sedap tau.

Last menu yang IbuNoey ambil. Banyak lagi menu lain tapi malas nak tangkap gambar kan. Ni menu biasa yang ada kat hotel. Kadang kat pusat latihan pun ada.
Sekian sahaja review pasal Hotel Seri Malaysia Melaka. Nak cakap lebih-lebih, dah lupa pula sebab entri dah lama. Kepada sesiapa yang berminat untuk menginap di Hotel Seri Malaysia Melaka, sila layari www.hotelseri-melaka.com/







