Selamat datang ke Melaka. Hehehe. Okey, ni cerita dua minggu yang lepas. Seperti yang IbuNoey bebelkan dalam entri SINI, team IbuNoey haruslah menyewa hotel di sekitar Melaka sebab program berjalan selama dua hari. Nak berulang alik dari Kuala Lumpur ke Melaka, penatlah badan nanti. Sedangkan berulang alik dari Kuala Lumpur ke Negeri Sembilan pun letih juga rasanya, inikan pula ke Melaka yang mungkin mengambil masa selama hampir 2 jam.
So, kami pilih Hotel Seri Malaysia Ayer Keroh, Melaka. Mudah jer nak cari hotel ni sebab tak jauh dari tol Ayer Keroh. Sampai kat Melaka je, kami terus lakukan program kami dahulu. Sekitar pukul 5.00 petang, barulah kami check in hotel.
So far, hotel ni nampak menarik dan selesa. Lobi yang luas. Boleh santai-santai gitu. Susun atur pun menarik.
Officemate sedang berurusan untuk mendapatkan bilik. |
Di lobi, pihak hotel ada sediakan wheelchair. Oleh kerana kami tak guna, jadi IbuNoey tak pasti apa syarat untuk penggunaan wheelchair ni; sama ada perlu bayar deposit dan sebagainya. Selain tu, ada kerusi urut elektrik. Masukkan duit kertas macam biasalah. One of my officemate guna benda ni sebelum kami nak bergerak balik.
Okey, inilah bilik untuk IbuNoey, sharing dengan seorang officemate. Ikutkan boleh jer kalau nak seorang sebilik. Tapi IbuNoey tak berani la pula kalau sendirian. Kalau kat rumah bersendirian boleh jer. Tapi kalau kat tempat orang, cannot go yer...
Untuk makluman, hotel ni tiada lif yer. Kena naik tangga. Tapi hotel ni setakat tiga tingkat jer. Rasanya mana-mana cawangan Hotel Seri Malaysia ni memang tak ada lif.
See? Tak tinggi mana pun hotelnya kan? Kami masa ni dapat tingkat 3. Okeylah tu. Sebab tak duduk lama manapun. Setakat satu malam jer.
Next entri, IbuNoey ceritakan pula pasal kemudahan di hotel ni yer. Stay tuned.
2 berkongsi idea
iye ke xde lif kak? kesian jgk kalau ada makcik2 yg xlarat nak pnjat tangga kan.. nasib baek hotel seri malaysia kat genting tu ada lif..hihi
ReplyDeleteKakak rasa seumur hidup kakak ada sekali kakak pernah bermalam di Hotel Seri Malaysia. Masa tu masih belajar lagi bila penganjur bahas bagi tempat tinggal di hotel ini.. Ok jugalah..
ReplyDeletePendapat anda amat dihargai.