
Doa Mudah Mendapat Rezeki.
Ya Allah, jika rezekiku di langit, turunkanlah ia.
Jika rezekiku di bumi, keluarkanlah ia.
Jika rezekiku lambat, percepatkanlah ia.
Jika rezekiku sedikit, perbanyakanlah ia
Jika rezekiku sukar, permudahkanlah ia.
Jika rezekiku haram, sucikanlah ia.
Salam Jumaat semua. Semoga hari ini memberi keberkatan dalam hidup kita. Zaman sekarang ni, kos sara hidup makin meningkat. Serba-serbi harga naik. IbuNoey sendiri adakalanya macam tak cukup 'udara' nak 'bernafas' hingga gaji yang seterusnya. Jadi, kepada yang mengalami keadaan yang sama atau hampir sama dengan IbuNoey, jom kita berdoa semoga dipermudahkan kedatangan rezeki buat kita.
My Mind : Kalau anda kenal pada sesiapa yang rezekinya melimpah ruah, tidak semestinya hidupnya lebih berkat kerana istilah Istidraj itu kan ada. Lebih baik hidup sederhana kan?


