ADAB MELAWAT ORANG SAKIT

By Permata Malap - 11:30 am



Apakah hukum melawat atau menziarahi orang sakit?
Hukumnya adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut. Ini kerana dengan menziarahi orang sakit, sedikit sebanyak ia dapat menggembirakan orang sakit itu.

Adab melawat atau menziarahi orang sakit:
  1. Hendaklah ikhlas kerana Allah Taala. Oleh itu, hendaklah menziarahi orang sakit kerana rasa kasih sayang dan memelihara hubungan. Dan tidak sewajarnya menziarahi orang sakit kerana inginkan pujian, nama, dan pangkat. Sebagai contoh, pekerja yang menziarahi bos demi mendapat perhatian bos dengan harapan kenaikan pangkat dan sebagainya. Contoh yang lain pula adalah seperti mengadakan lawatan ke rumah orang sakit semata-mata untuk mendapat liputan di kaca televisyen.
  2. Hendaklah dilakukan pada masa yang sesuai kerana orang sakit juga memerlukan masa-masa untuk berehat. Jika di hospital, pihak hospital telah menetapkan waktu-waktu melawat. Namun jika hendak menziarahi orang sakit di rumah, pelawat perlulah peka kepada masa untuk orang sakit melakukan aktiviti seperti makan, mandi, dan sebagainya di mana tidak sepatutnya aktiviti menziarahi dilakukan pada masa yang sama.
  3. Digalakkan berada dekat dengan orang sakit terutama di bahagian  kepala untuk memudahkan interaksi. Ini kerana orang sakit agak lemah dari segi pertuturan. Oleh itu, adalah amat sukar untuk berinteraksi jika kita berada di hujung kaki katil.
  4. Digalakkan bertanya keadaan pesakit tetapi perlulah berpada-pada agar tidak timbul rasa tidak selesa kepada pesakit. 
  5. Ucapkan kata-kata yang elok dan memberangsangkan. Amat digalakkan mengucapkan kata-kata yang memberi harapan kepada orang sakit.
  6. Mendoakan orang sakit agar cepat sembuh.
  7. Menjaga aurat. Seperti yang diketahui, tiada larangan untuk lelaki menziarahi pesakit perempuan, begitu juga sebaliknya. Namun begitu, aurat juga perlu dijaga.
  8. Orang sakit sebenarnya lebih mengharapkan doa kita berbanding buah tangan atau hadiah yang dibawa. Namun begitu, boleh juga membawa sesuatu untuk menggembirakan hati orang sakit. Adalah lebih afdal memberikan sedekah duit kerana duit itu boleh digunakan untuk membeli keperluan orang sakit.
  9. Menziarahi sesiapa sahaja tanpa mengira status hubungan. Walaupun orang sakit itu adalah musuh kita, namun kita juga digalakkan untuk menziarahi mereka kerana ia mungkin akan membuka hubungan yang baru. Ibarata buang yang keruh, ambil yang jernih.
  10. Haruslah bertanya sama ada orang sakit perlukan bantuan untuk melakukan ibadat seperti solat. Jika kita boleh dan mampu membantu, bolehlah meringankan sedikit beban.

  • Share:

You Might Also Like

6 berkongsi idea

  1. Perkongsian yang bagus, panduan buat kita apabila menziarahi orang sakit...

    ReplyDelete
  2. Insyallah sama2 kita doakan mereka yg sakit semoga cepat sembuh. Aminn..

    Jom baca artikel ini pulak puan teknik menyimpan RM

    https://www.blogahbar.tk/2014/12/teknik-menyimpan-duit-rm.html

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum...yaya dah follow sini....follow back yek...
    mohon kunjungi dan tinggalkan komen di sini
    http://www.yayacendana.com/2016/01/pergi-seminar-di-agrofarmstay-durian.html

    tq ^_^

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.