
SOFT SKILLS
Hari ni sempat semak email-email permohonan kerja di syarikat saya.
Macam-macam yang ada. Ada kuak lentang, ada kuak dada, ada kuak kupu-kupu, ada juga gaya bebas dan ada yang terjun tiruk.
Yang paling best, buat karangan permohonan kerja di bahagian subjek.
Suprisingly semua ni degree holder.
Dik..pensyarah tak ajar ke adab-adab menulis email kepada bakal majikan?
Sumber dipetik daripada wall facebook Ir Meor Shamshir
Ini situasi yang berlaku sekarang ni. Bukan nak memperkecilkan degree holder. Siapalah IbuNoey ni yang berkelulusan SPM semata nak memperkecilkan mereka. Tapi itulah, hakikatnya ada segelintir degree holder yang kurang kemahiran dalam benda-benda yang simple. Contoh macam kat atas tu la. Sepatutnya, mereka perlu tahu cara menulis e-mail yang betul. Kalau ditawarkan pekerjaan sebagai pegawai atasan, takkan nak suruh pegawai bawahan yang buatkan? Dalam hal ni siapa yang patut dipersalahkan? Pensyarah mereka atau diri mereka sendiri? Entahlah labu. Yang pasti, IbuNoey berharap sangat supaya tak bertemu dengan pegawai degree holder macam ni. Kalau tak, asyik kita je yang tunjuk ajar dia. Penat la gitu.