SOFT SKILLS
Hari ni sempat semak email-email permohonan kerja di syarikat saya.
Macam-macam yang ada. Ada kuak lentang, ada kuak dada, ada kuak kupu-kupu, ada juga gaya bebas dan ada yang terjun tiruk.
Yang paling best, buat karangan permohonan kerja di bahagian subjek.
Suprisingly semua ni degree holder.
Dik..pensyarah tak ajar ke adab-adab menulis email kepada bakal majikan?
Sumber dipetik daripada wall facebook Ir Meor Shamshir
Ini situasi yang berlaku sekarang ni. Bukan nak memperkecilkan degree holder. Siapalah IbuNoey ni yang berkelulusan SPM semata nak memperkecilkan mereka. Tapi itulah, hakikatnya ada segelintir degree holder yang kurang kemahiran dalam benda-benda yang simple. Contoh macam kat atas tu la. Sepatutnya, mereka perlu tahu cara menulis e-mail yang betul. Kalau ditawarkan pekerjaan sebagai pegawai atasan, takkan nak suruh pegawai bawahan yang buatkan? Dalam hal ni siapa yang patut dipersalahkan? Pensyarah mereka atau diri mereka sendiri? Entahlah labu. Yang pasti, IbuNoey berharap sangat supaya tak bertemu dengan pegawai degree holder macam ni. Kalau tak, asyik kita je yang tunjuk ajar dia. Penat la gitu.
8 berkongsi idea
Itulah kan harap degree ajer kalu tak ada kemahiran dalam hal yang remeh pun tak boleh pergi jauh jugakkan...
ReplyDeleteIbarat kata biar boleh dibawa ketepi ketengah gitew...
Walaupun bakal menjawat engineer tak semestinya bidang kerja melibatkan 100% enigineering sehingga telah mengabaikan etika penulisan.
ReplyDeleteBila tengok tu kakak tersenyum sendiri pulak:)
macam2 gaya kan.. =')
ReplyDeletehihi xsangka macam nie cara degree holder ek..sy diploma holder rasanya xde la buat macam nie..hihi
ReplyDeleteerm... btl la ibu noey... mmg perkara ni mungkin simple tp sgt ptg etikanya... pensyarah jg dipersalahkan... hihi.. kdg2 student ni, benda simple ni dari sekolah menegah dah diajar cara menulis penulisan dalam bahasa Melayu... bila naik university pensyarah tak akan repeat perkara remeh cam ni, terus mengajar ikut kursus yang dipohon...
ReplyDeleteKalau ada degree pun tapi untuk hal2 yang remeh tak bijak pun tak guna juga kan..
ReplyDeletedulu nak buat resume pun yumida terkial2 kak
ReplyDeletex tahu nak masukkan apa dlm resume
xde tempat rujukan melainkan internet
zaman skrg makin susah nak mintak kerja..bersaingan dgn byk pihak
malunya lahaiii...pensyarah memang tak ajar kak macam nak isi form tu form ni. tu yang diaorang pakai hentam je tu.
ReplyDeletePendapat anda amat dihargai.