
Tidak melebihi 8 jam sehari
- Kerja dari pukul 8 pagi hingga 1 tengahari bersamaan 5 jam. Sambung pada pukul 2 petang hingga 5 petang bersamaan 3 jam. Jumlah sehari 8 jam. Jadi tidak melebihi 8 jam sehari.
Tidak lebih dari 5 jam berturut-turut tanpa rehat tidak kurang daripada 30 minit
- Kerja dari pukul 8 pagi hingga 1 tengahari bersamaan 5 jam. Sambung pada pukul 2 petang hingga 5 petang bersamaan 3 jam. Jadi, tiada yang melebihi 5 jam. Rehat dari pukul 1 tengahari hingga 2 petang. Jadi, rehat tidak kurang daripada 30 minit.
Tidak melebihi tempoh 10 jam satu hari
- Mestilah tak lebih sebab pukul 5 petang dah balik dah. IbuNoey jarang buat kerja lebih masa.
Tidak melebihi 48 jam dalam satu minggu.
- Hari Isnin hingga Khamis, jumlah bekerja adalah 32 jam. Hari Jumaat, bersamaan 6 jam 45 minit sebab rehat selama 2 jam 15 minit. Jumlah seminggu adalah 34 jam 15 minit sahaja.
Tidak boleh melebihi 12 jam sehari bagi pekerja yang bekerja syif
- Ini tiada kaitan dengan IbuNoey.
NOTA : ENTRI DAH LAMA BERSAWANG DALAM DRAF. BARU NAK PUBLISH HARI NI.

