Ahahaha.. Siapa yang selalu sangat hadapi Monday Blues tu, mari sini ada tips untuk korang.
- Sebelum balik kerja pada hari Jumaat, senaraikan apa kerja yang perlu dilakukan pada hari Isnin minggu hadapan nanti. Buat mengikut keutamaan. Ini untuk mengelakkan lambakan senarai kerja 'mengejut' anda.
- Hari cuti bukan bermakna hari untuk bermalas-malasan. Aktifkan diri pada hari cuti dengan pelbagai kegiatan cergas agar minda sentiasa positif. Jika anda bersikap bermalas-malasan di depan tv atau di atas katil pada hari cuti, percayalah, pada hari Isnin, anda pasti ingin mengulangi kemalasan itu.
- Usah keluar malam pada hari Ahad. Tidurlah awal kerana anda perlukan tenaga untuk bekerja keesokan hari.
- Buang jauh-jauh rasa resah. Anggaplah kerja yang perlu diselesaikan pada hari Isnin itu adalah salah satu rutin harian.
- Sebelum tidur, amalkan senaman ringan seperti senaman pernafasan. Elakkan minuman berkafein untuk membuatkan tidur anda lena.
- Berdoalah semoga urusan keesokan hari dipermudahkan.
4 berkongsi idea
Satu yg pasti kakak buat memang kakak tak keluar malam Ahad tu
ReplyDeleteBalik dari masjid lepas isyak terus duduk rumah dah..
Yg lain tu kadang-kadang ada kadang tak hihi...
Haii.. Cakk.. Done Follow sini no. 130
ReplyDeleteSalam kenalan.. Sudilah kiranya follow me back,
boleh kita saling kunjung mengunjung pasni..
Official Blog :
http://tengkubutang.blogspot.com/
Catlover Blog :
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/
teman tiap hari dari Isnin sampai ahad koje.. so, tak terasa sangat hari Isnin yang murung.. heee
ReplyDeletenice share... biasa dah rasa macam tu... :)
ReplyDeletePendapat anda amat dihargai.