Wah, colorful.. suka tak, suka tak?
Al-hamdulillah, akhirnya IbuNoey berjaya mendapatkan Set Berpantang Shaklee nih.. tapi inipun trial set, cukup-cukup untuk berpantang selama 40 hari. in shaa Allah kalau serasi, IbuNoey akan teruskan pula dengan Set Ibu Menyusu. set ni mengandungi 4 produk iaitu Vita-C, Vita-Lea (Multivitamin), B Complex, dan Zinc.
Sebenarnya ramai jugak rakan-rakan bloggers yang jual produk ni kan. cuma buat masa ni, IbuNoey beli trial set ni daripada budak ofis dulu. in shaa Allah next pembelian, akan dibeli daripada rakan-rakan bloggers yang ada menjualnya. kena bergilir-gilir la kiranya ye.. hehe..
Nanti lepas dah makan produk ni, baru IbuNoey kongsikan pengalaman menggunakannya ye. buat masa ni nak bersukaria dulu sebab dah dapat set ni..
