P untuk PERCUBAAN

Ini yg IbuNoey hangin nih.. certain pemandu yang agak berlagak nakal, suka sangat nak hon2 org yg tgh bawak keta dengan pelekat P.. dah nama lesen P, untuk PERCUBAAN, janganla dok aniaya org tu.. IbuNoey marah ni bukan apa, dah terkena pagi tadi. maklumlah, IbuNoey baru dapat lesen P. tahun 2015 nanti baru dpt Full..


IbuNoey bukan sengaja nak bawa slow (tapi tak slow mana pun). tapi ye la, depan IbuNoey ada penunggang motor yg dok meliuk lentok serupa beruang sarkas bawa basikal kecik takkan IbuNoey nak p langgar org tu. tak memasal kena gantung lesen daku.. lepas tu, yang kereta kat belakang IbuNoey dok hon IbuNoey. agaknya dia nak memotong kut sebab da lambat pergi kerja la tu.. tapi confirm tak lepas la sebab jalan kecik jer. 


IbuNoey nak bagi jalan mmg tetap tak lepas gak. kang bila tak lepas, tak memasal tiba-tiba dok mencelah balik kat depan IbuNoey sampai IbuNoey tak sempat nak brake...lesen P je ni wei...


Dalam hati IbuNoey memang geram dah.. pehal org kat belakang ni tak nampak lesen P IbuNoey ker? last-last dekat simpang yg memang IbuNoey akan masuk, barula kereta kat belakang IbuNoey boleh mencelah. itupun memang nampak pemandunya tak puas hati.. lantakla.. kalau IbuNoey langgar org, ada dia nak bayarkan? sorry to say la...



Entahlah, mcm mana nak berhadapan sekali lagi dengan perangai org sebegini. bukannya apa, IbuNoey perhatikan memang segelintir pemandu kat Malaysia ni perangai huduh mcm ni... even kalau IbuNoey naik kereta dengan AyahMal pun, IbuNoey boleh nampak sikap pemandu lain yang dok ganggu pemandu lesen P. Janganlah mcm tu.. kita sama2 pemandu. sama2 pernah dpt lesen P. fahamilah org yg dpt lesen P yg mahukan yg terbaik utk mengelakkan kemalangan sekaligus mengelakkan kena gantung lesen. kalau bertimbangrasa, kes kemalangan kat Malaysia ni mungkin boleh berkurangan, tak gitu? Peace....



Kongsi Artikel Ini :
+
Previous
Next Post »
1 Komen untuk "P untuk PERCUBAAN"

itu sudah lumrah.
janji kita buat apa yg perlu kan :)

relax brader, relax.hihi

Pendapat anda amat dihargai.

 
Copyright © 2014 Langit Berpelangi - All Rights Reserved - DMCA
Template By Kunci Dunia