Exam KPSL N27 Bab 2

Wah, al-hamdulillah.. IbuNoey da selamat bertarung utk menjawab Exam KPSL N27 Bahagian 1, pagi tadi. huh, mencabar minda soalannya. tapi mujurla bole tgk buku kan. tapi lenguh jari jemari menulis esei.


Okey, kali ni IbuNoey nak ceritakan perjalanan dan pengalaman IbuNoey untuk ari ni. Pusat peperiksaan IbuNoey terletak di Hotel Maluri Cheras. Mula-mula, IbuNoey pening gak nak decide samada nak naik teksi ke sana atau naik LRT jer. tapi bila dengar pengalaman kawan seofis yang pernah kena rompak masa naik teksi, IbuNoey cam seriau pulak. so, IbuNoey pun decide naik LRT jer..


Tapi kalau nak naik LRT ni, kena fikirkan juga pasal parking kereta. untuk sampai ke destinasi IbuNoey, IbuNoey kena naik Putra LRT laluan Kelana Jaya, kemudian naik Star LRT laluan Ampang pula. seterusnya mungkin kena naik teksi dari Star LRT ke Hotel Maluri. rumah IbuNoey ni tak jauh dengan stesen Wangsa Maju untuk Putra LRT.. tapi masalahnya tak berani la nak parking kereta kat kawasan stesen Wangsa Maju tu. cam tak selamat jer. lagi pulak alarm kereta IbuNoey belum dibaiki. so, IbuNoey decide untuk parking kat ofis jer...


Bermulalah perjalanan IbuNoey seawal pukul 7.30 pagi. tapi cemas gak sebab AniqFiras mengamuk masa kejutkan dia untuk hantar ke rumah pengasuh. masa ni laa dia nak buat hal... okey, sambung cerita.. IbuNoey sampai kat ofis kira-kira pukul 8.00 pagi. lepas dah parking kereta, IbuNoey bergegas ke pondok menunggu bas di hadapan ofis IbuNoey. dalam 15 minit menunggu, bas RapidKL pun datang. so, IbuNoey naik bas tu and then berhenti dekat kawasan stesen Dato Keramat untuk Putra LRT. sampai kat stesen Dato' Keramat, IbuNoey terus beli token. untuk pengetahuan, IbuNoey perlu menukar LRT dari Putra ke Star sebaik tiba di stesen Masjid Jamek nanti. so perjalanan sepatutnya; Dato' Keramat-Masjid Jamek-Maluri.. so, mungkin IbuNoey perlu membeli dua token. tapi semalam, ada kawan seofis beritahu, boleh beli token terus ke stesen Maluri. IbuNoey try, boleh la.. hehe.. mungkin IbuNoey jer yang terlambat tau sistem dah canggih..



Next, dah beli token, naik la LRT, berhenti di stesen Masjid Jamek n then tukar ke Star LRT menuju ke stesen Maluri. oh yer, harga tambang RM4.40 jer.. sampai di stesen Maluri, IbuNoey pun naik teksi menuju ke Hotel Maluri. tak jauh manapun. tambang dalam RM4.00. sampai jer Hotel Maluri, pekerja hotel tu tolong bukakan pintu. mungkin sbb dia nampak IbuNoey pakai baju kurung n beg galas, dia terus bagitau arah nak ke Teratai Ballroom untuk exam. fuhh, nasib baik la IbuNoey tak lewat. apa taknya, IbuNoey sampai hotel tu dalam pukul 9.15 pagi. jauh gak perjalanan naik LRT ni erk...



Lepas tu, exam pun bermula. berdesup jantung IbuNoey tgk soalan2 dia. berbelit2. IbuNoey amik masa sejam jugak nak faham semua soalan. itupun faham ala kadar. so, IbuNoey jawab ikut pemahaman IbuNoey. lenguh gak jari-jemari. maklumlah, kena tulis esei. dahlah kat ofis semua guna komputer je kan.... selesai menjawab n then balik umah.... tapi memang tak berapa lega. agaknya next year kena ulang balik nih.. memang tak yakin sangat. okeylah, nanti IbuNoey sambung lagi yer... tatatatatata...



P/S : Boleh bawa balik soalan...hehe..





Kongsi Artikel Ini :
+
Previous
Next Post »
3 Komen untuk "Exam KPSL N27 Bab 2"

good luck. sy xleh amik sebab Pemb. Akauntan...

thanx,azi..tapi azi leh amik exam Penolong Akauntan kan?

Pendapat anda amat dihargai.

 
Copyright © 2014 Langit Berpelangi - All Rights Reserved - DMCA
Template By Kunci Dunia