Inilah lumrah dunia kan... kadang kita di atas, kadang kita di bawah. kadang kita sihat, kadang kita sakit. jadi kalau kita senang, jangan lupa satu hari nanti kita akan susah. sama juga dengan hidup dan mati. hidup tak selamanya kita bahagia.
IbuNoey cuma meluahkan sikap sesetengah orang yang suka menjaga tepi kain orang namun tak pernah bersimpati dengan nasib orang lain. contohnya bila ada seseorang itu susah, miskin, sakit, derita, ada orang lain yang tertentu akan cuba memanipulasi keadaan tak kira kerana mahu perhatian ataupun pujian. tohmahan diberi hanya kerana orang itu miskin, sakit, susah, derita.. padahal si tukang tohmah lupa, mungkin suatu hari nanti dia pula akan menerima nasib yang sama. dan memang Allah itu Maha Kuasa, bayar cash sahaja. nasib yang sama menimpa si tukang tohmah namun rupanya, bila kembali diberi nikmat, lupa segalanya, kembali kepada sikap lama.
Tidak sukar menilai siapa dan bagaimana si tukang tohmah ini. kerana dia umpama musuh dalam selimut, api dalam sekam. bila-bila masa dia akan mencari kesalahan dan kelemahan orang lain. tujuannya, cuma mahu dirinya dipuji dan orang lain dihina. namun ibarat ayat seorang teman, "Aircond jenama mahal pun bole rosak jua."
P/S: maksud tersirat yer...
1 berkongsi idea
ya memang ada yg sebegini rupa
ReplyDeletePendapat anda amat dihargai.