ANIQFIRAS NAMPAK BENDA GHAIB?

By Permata Malap - 1:22 pm

Semalam IbuNoey bersama AyahMal, Farhan, dan Firas pergi ke Pasar Malam dekat Jalan Semarak. betul-betul kat kawasan Sekolah Kebangsaan Padang Tembak.. Pasar Malam ni setiap minggu memang buka. tapi setiap hari Ahad je la... 

Pasar Malam ni kecik jer. setakat nak jalan sekejap dan tak penat, berbaloilah pergi ke Pasar Malam ni. pilihan tak banyak mana. satu jenis ada satu kedai je yang jual. selalunya, kami datang sini sebab nak beli kentang goreng putar tu. tapi semalam, tak ada rezeki sebab dah habis.

Jadi, kami beli benda lainla. dapatla beli tudung, otak-otak, air coconut shake, bateri door bell. lepas tu, nak balik, kena menapak dulu untuk sampai ke kereta..sampai kat kereta, AyahMal bagi Firas masuk kereta dulu (tempat duduk belakang). selalunya, sebaik sahaja AyahMal masukkan Firas dalam kereta, Firas akan segera beralih jauh dari pintu kereta untuk memudahkan AyahMal tutup pintu kereta. tapi semalam, dia dok je dekat pintu tu. bila AyahMal tutup pintu, macam perasan airmuka Firas macam nak nangis . masa tu, IbuNoey tak masuk lagi dalam kereta.

Lepas tu, IbuNoey masuk dalam kereta (tempat duduk penumpang depan). masa tu, Firas nangis sikit. IbuNoey fikir dia tersepit pintu ke tadi. tapi dia tak ada cakap sakit... then, AyahMal masuk kereta. masa tu, terus Firas beralih dari belakang ke depan; duduk atas riba AyahMal. bila tanya kenapa, dia tak jawab sebaliknya dok peluk AyahMal. dia pegang muka AyahMal macam tak nak lepas. sambil tu, mata dia dok melilau ke kiri ke kanan. IbuNoey pujuk dia suruh duduk kat celah IbuNoey. tapi dia tak nak. 

Risau dah masa tu sebab yelah macam mana AyahMal nak drive nanti. lepas tu, IbuNoey keluar balik dan duduk kat tempat duduk belakang. AyahMal pula try pujuk Firas duduk kat tempat duduk penumpang depan. tapi Firas tetap tak nak. dan dia statik pegang muka AyahMal menghadap muka dia. nampak sangat macam dia takutkan sesuatu.

Oleh kerana, tak ada pilihan, AyahMal terus je drive kereta sambil Firas duduk kat riba dia. tapi slow je bawa sebab dengan keadaan Firas macam tu, memang pandangan agak terhad la. dahlah malam. kalau fikir bahaya, memang bahaya. sambil drive tu sambil pujuk Firas. siap pasang CD bacaan al-Quran lagi. IbuNoey kat belakang pula berdoa je selamat sampai. nasib baik kereta tak banyak. 

Dan al-hamdulillah, kami selamat sampai di rumah. lepas dah park kereta, menapak lagi untuk sampai ke rumah. selalunya, Firas ni agak susah sikit nak jalan sambil pimpin tangan. tapi semalam, laju je dia pegang tangan IbuNoey. tak nak lepas pula tu. 

Sampai kat rumah, IbuNoey terus bagi dia minum air Yaasin. lepas tu, IbuNoey try tanya kenapa dia nangis tadi. tapi dia tak jawab. bila AyahMal sebut ada hantu, dia cepat-cepat melompat kat AyahMal.

Dan hari ni pula, pantang dengar bunyi pelik sikit, dia cepat-cepat peluk IbuNoey. agaknya apa yang dia nampak semalam ye?

  

  • Share:

You Might Also Like

5 berkongsi idea

  1. As'salam... betol tu kdg2 budak dapat nmpak apa yg kita tk nmpak tau.. kalo lah dia pndai bgtahu dh tentu kita plak yg terasasesutu..hee...seriau jgk..

    ReplyDelete
  2. Allah je yg tahu.... Amalkn 3 qul tu.... Org kata benda2 ni selalu ikut budak2... Wallahualam....

    ReplyDelete
  3. myb la.anak anak kan selalu boleh memandang.
    selalu erk pergi pasar malam jln semarak tu? hihi.
    saya jrg ke situ sbb x puas berjalan.kecik.
    sabtu ada kat depan JJ AU2
    jumaat kat stesen LRT jelatek itu selalu jugak hihi

    ReplyDelete
  4. Mungkin kot Firas nampak benda tu. Budak2 mmg boleh lihat. Kami kalau Nazif ni pun beberapa kali juga menangis malam2 bila keluar masa maghrib. Hjg tahun lepas penah bawa dia ke Darul Syifa ... setahun blm tahu cakap apa, masa tu dia nangis je..

    kalau boleh elakkan keluar masa magrib.. ustaz juga pesan kita baca ayat2 masa nk keluar dan bagi salam sebelum masuk rumah supaya benda asing tak ikut.. lagi, bacaan ayat suci kena selalu dalam rumah. Dan juga kalau anak kena kacau tu baca ayat kursi dan azan sehinggakan dia ok..

    ReplyDelete
  5. orang kata, budak2 ni kdg2 boleh nmpak apa yg kita tak nmpak.. wallau a'lam..

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.