PENGORBANAN SEORANG IBU
By Permata Malap - 8:00 pm
Duduk-duduk macam ni sambil melihat AniqFiras yang tidur dan AniqFarhan yang sedang bermain dengan jari sendiri, membuatkan IbuNoey teringat pada seseorang. betapa besarnya pengorbanannya kan...
Entahlah.. sejak anak dah ada dua orang ni, IbuNoey semakin teramat rindu pada arwah mak IbuNoey. teringat tawanya, teringat tangisnya.. banyak kenangan semasa IbuNoey masih kecil yang bermain di ingatan IbuNoey.
Kadang-kadang bila IbuNoey peluk dan cium AniqFarhan, masa tu jugaklah rasa nak nangis sebab tiba-tiba rindukan arwah mak IbuNoey. adakalanya rasa menyesal sebab terasa begitu banyak dosa IbuNoey semasa arwah mak IbuNoey masih hidup. terasa belum puas bersama arwah mak IbuNoey. terasa belum ditebus segala kesalahan terhadap arwah.
Memang benar orang kata kan, hargailah seseorang sementara dia masih ada. tapi seringkali bila orang tu dah tak ada, baru nak hargai, baru nak rindu.
Dulu, arwah mak IbuNoey selalu berkorban untuk kami adik beradik. hidup kami bukannya sesenang mana. dengan adik beradik seramai lapan orang, memang kena berjimat. dulu, arwah selalu beri apa yang dia sedang makan andai salah seorang daripada kami teringin memakannya. kalau ada antara kami yang terjatuh, perkataan yang akan keluar daripada mulutnya, "Ya Allah, anakku.", sambil dengan segera mendapatkan kami. arwah juga sentiasa pastikan apa yang ada dikongsi bersama.
Cuma kami adik beradik sering lalai. sering membuatkan arwah berleter. dan apa yang paling IbuNoey kagum pada arwah, walau sebesar mana salah kami pun, arwah tetap memaafkan. IbuNoey teringat kes IbuNoey dulu. pernah memberontak pada arwah mak kerana mahu hidup berdikari keluar dari kampung IbuNoey. memang agak derhaka. tapi arwah mak IbuNoey tetap memaafkan IbuNoey setelah IbuNoey memohon maaf. malah turut menangis bila IbuNoey menangis meminta maaf.
Mak, Noey terlalu rindukan mak. hanya doa dapat Noey kirimkan buat mak.. semoga roh mak tenang di sana...
~Kepada pembaca di luar sana, hargailah ibu anda selagi beliau masih ada.~
0 berkongsi idea
Pendapat anda amat dihargai.