Masa dalam tempoh cuti bersalin, tiba-tiba teringin nak makan Nasi Kuning Tawau. dah lama dah teringin nak makan. dari tahun lepas lagi.. Nasi Kuning Tawau ni antara makanan terhebat di Tawau bagi IbuNoey. boleh klik entri ni.
Jadi, kerana ada masa yang mencukupi, maka IbuNoey buatlah Nasi Kuning Tawau ni. tapi untuk pertama kalinya hasrat terbantut sebab tak cukup bahan iaitu beras pulut. dan untuk kedua kalinya hampir terbantut sebab daun pandan tak ada. tapi memandangkan masa tu AyahMal dah nak pergi kursus keesokan harinya, maka hajat diteruskan walaupun kekurangan bahan. hasilnya, Nasi Kuning kurang wangi dan keasliannya.
Ok, jom tengok resepinya.
Bahan membuat nasi :
Beras biasa (ikutlah nak berapa cawan)
Kunyit hidup (Diparut) / Serbuk kunyit
Santan (kotak/segar)
Beras pulut (sedikit)
Daun pandan
Sedikit garam
Cara membuat nasi :
1. Campur beras biasa bersama sedikit beras pulut. Anggaran nisbah 4:1. Basuh dan toskan seperti biasa.
2. Masukkan ke dalam periuk beserta santan, kunyit dan garam. Kuantiti santan sama seperti kuantiti air untuk memasak nasi putih biasa. Gaul rata.
3. Masukkan daun pandan. Masak sehingga santan agak kering.
4. Masak pula menggunakan pengukus dalam lebih kurang 30 minit.
Bahan Ikan Masak Pedas :
Ikan tongkol/sardin
Cili kering kisar
Bawang merah kisar
Bawang putih kisar
Serai kisar
Halia kisar
Air asam jawa
Air
Minyak masak
Garam dan gula
Cara membuat ikan :
1. Goreng ikan seperti biasa. Asingkan.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, serai dan halia sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air asam jawa. Tunggu sehingga mendidih.
5. Masukkan ikan yang telah digoreng. Gaul rata.
6. Tambah air sekiranya agak kering. Perasakan dengan gula dan garam mengikut citarasa anda.
Dan.. siap....
Kekurangan bahan sebab daun pandan tak ada |
RESEPI KUIH CHEESE TART
RESEPI KUIH RAYA
RESEPI DAN PANDUAN MASAK NASI ARAB
KEK COKLAT SUPERB
NIAGA BISKUT BAJET
5 berkongsi idea
Nampak kuning menyerlah warna nasi ni. Patut dipanggil namanya nasi kuning ya. Saya pun selalu kalau teringin makanan yang biasa dimakan di kampung, mulalah menggoogle cara masak.
ReplyDeleteRajin ibu Noey... Saya ni kalau masak gini, ade yg makan.. ade yang tak.. so nak selamat, menu biasa jer la.. huhuhu
ReplyDeleteigtkan tadi macam pulut kunyit.. rupanya pakai beras nasi biasa yer..
ReplyDeletetumpang share ye tuan punya blog..saya nak try buat...heeee...
ReplyDeleteFirst time dengar pasal nasi kuning...mcm sedap jerrr..
ReplyDeletePendapat anda amat dihargai.