MINTA MAAFLAH KEPADA ANAK!

By Permata Malap - 12:32 pm

Kadang-kadang kita tak sedar sebenarnya kita pun pernah buat silap pada anak-anak kita. kadang-kadang kita sedar kesilapan kita tapi akibat ego, kita tidak mahu meminta maaf.. sebagai ibu bapa, wajarkah kita meminta maaf kepada anak?

Dua hari yang lepas, masa nak tidur, IbuNoey dah siap-siap masuk ke bilik dengan Farhan. Firas macam biasalah, hanya akan masuk bilik bila AyahMal masuk bilik. IbuNoey pula walaupun dah masuk bilik, selalunya tak tidur terus tapi dok layan game kat henfon dulu... IbuNoey memang kaki game tau.

Lepas tu, Firas masuk bilik tanpa AyahMal. rupanya AyahMal masuk tandas. kat tangan dia ada tablet yang AyahMal belikan untuk dia. masa tu, IbuNoey pandang sekilas je sebab dok sibuk layan game kan. tiba-tiba Firas naik katil dan terus cuit-cuit IbuNoey. selalunya kalau dah macam tu, dia nak mita IbuNoey buka game kat tablet tu. tapi IbuNoey buat tak layan sebab nanti kalau dia dah leka main game, tak nak tidur pulak.

Banyak kali juga dia cuit IbuNoey tapi IbuNoey buat tak tahu jer. lepas tu, laju je Firas tarik tangan Farhan yang tengah tidur kat tepi IbuNoey. apalagi, spontan IbuNoey tolak Firas. tapi jatuh pun kat tilam juga. bila dah jadi macam tu, Firas terus nangis. tapi oleh kerana IbuNoey fikir tu semua silap Firas sebab usik Farhan, IbuNoey buat tak tahu je, tak nak pujuk. makin lama makin kuat dia nangis sampailah AyahMal masuk bilik.

Bila AyahMal dah masuk bilik, Firas terus pergi kat AyahMal. merayu-rayu nak masuk buaian. tapi AyahMal tak nak bagi. AyahMal try pujuk dia untuk baring kat tilam. tapi dia tetap nangis. memang nangis sungguh la. pelik juga, biasanya kalau AyahMal pujuk, Firas ok je.

Dah lama sikit tu, baru IbuNoey sedar, ni silap IbuNoey juga sebab dok layan game je tadi hinggakan Firas buat hal. lepas tu, IbuNoey tutup game, simpan henfon dan try pujuk Firas. IbuNoey peluk dia, cium dahi dia dan minta maaf kat dia. barulah ok sikit. IbuNoey minta dia baring kat tilam, dia ikut je. tapi IbuNoey terpaksa membelakangkan Farhan sebab Firas nak IbuNoey peluk dia. jadi IbuNoey pun pelukla sampai dia tertidur. 

Kesimpulan dari kes ni:
1. sebenarnya Firas nak perhatian daripada IbuNoey.
2. bila dia nampak IbuNoey hanya sibuk main game, baring pula kat tepi Farhan tanpa pandang Firas langsung, timbul rasa cemburu.
3. bila IbuNoey tolak dia, dia rasa IbuNoey dah tak sayangkan dia. sebab tu AyahMal tak berjaya pujuk dia.
4. kadang-kadang budak kecil pun tahu kalau dia tak bersalah.

Jadi, janganlah ragu-ragu untuk minta maaf kalau rasa sebenarnya kita yang tersilap. sebab tak sememestinya hanya anak kita yang bersalah. mujur tangisan Firas tu berjaya menyedarkan IbuNoey. in shaa Allah selepas ni IbuNoey tak akan ulang kesilapan yang sama.

~aku bukan ibu yang sempurna~

  • Share:

You Might Also Like

4 berkongsi idea

  1. Mujur sedar kesilapan sendiri. Anak-anak seusia mereka lagilah belum bijak berfikir. Masih perlukan belaian sepenuhnya..

    ReplyDelete
  2. kesian Firas.. merajuk dgn akak tu.. hehe

    ReplyDelete
  3. betol tu. mereka hanya nakkan perhatian.. perkoangsian yg baik.. smoga dapat jadi pengajaran buat saya bila dah ada anak nanti. insyaAllah..

    ReplyDelete
  4. Pemgalaman mengajar kita kan? Kena beringat sentiasa setiap gerak laku kita. Apa yg patut kena disegerakan.

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.