BERLAKU JUJUR DI BULAN RAMADHAN

By Permata Malap - 10:05 pm

juadah bulan puasa, pasar ramadhan
Gambar Sekadar Hiasan

Sepatutnya, di bulan Ramadhan yang mulia ni, lagi mudah nak dapat pahala. Lebih-lebih lagi pada peniaga (selagi tidak mengabaikan solat). Namun malangnya, ramai peniaga yang lebih kepada mencari keuntungan tanpa memikirkan perlunya ada kejujuran.

Kisah sebenarnya, IbuNoey cukup geram dengan sesetengah peniaga yang tidak berlaku jujur. Tak salah nak mencari rezeki untuk dapat duit lebih tapi biarlah jujur. Ini tak, makanan semalam yang tak habis, dijual lagi hari ini. Kalau makanan yang bermasak ni, mestilah mudah untuk rosak. Jadi kalau jual semula pada hari ni, kebarangkalian untuk menyebabkan keracunan makanan kepada pembeli itu adalah tinggi.

Tahun ni, IbuNoey cuba kurangkan membeli di bazaar Ramadhan. Kalau beli pun, setakat beli kuih dalam 2-3 ringgit. Lauk dan nasi memang IbuNoey masak sendiri sesampainya di rumah. Lagi berkualiti kan. Jimat pun jimat. 

Sehinggalah semalam, teringin pula nak beli makanan berat di bazar Ramadhan. Sekali sekala tak apalah kan. Jadi, pergilah dengan AyahMal dan anak-anak. Jenuh juga nak pusing satu bazar Ramadhan tu. Belilah beberapa makanan. Kuih muih pun ada beli sekali sebab anak-anak suka makan kuih.

Dan lewat malam semalam, perut IbuNoey mula rasa tak selesa. Dalam fikiran, mungkin angin dalam perut je. Lepas tu, seawal pukul 4 pagi, dah mula pergi tandas dengan perut memulas. Berlanjutan sampai ke Subuh dan sehingga sekarang. Cuma sekarang ni ada kurang sikit la sebab dah makan ubat dari klinik.

Bukan setakat IbuNoey yang berulang alik ke tandas tau. AyahMal dan Firas pun terkena sekali. Kalau kami yang dewasa ni pun tak tahan, Firas apatah lagi. Kesian sungguh tengok dia merengek sakit perut. Nak melayan sakit sendiri satu hal, nak memantau keadaan Firas pun satu hal. Dugaan sungguh. 

Geram memang geram dengan peniaga makanan yang kami beli tu. IbuNoey tau mana satu makanan yang menyebabkan kami cirit-birit tu sebab hanya itu makanan yang kami makan bersama. Makanan yang lain ada yang IbuNoey tak makan dan ada yang AyahMal atau Firas tak makan. 

Agaknya lepas ni memang tak perlu dah beli makanan berat di bazar Ramadhan. Beli kuih je la.

  • Share:

You Might Also Like

2 berkongsi idea

  1. bulan posa pun dok buat bnda x baik.. hmm....

    ReplyDelete
  2. Kejadian nie mmg selalu jadi bila bulan Ramadhan..peniaga terlalu mengejar untung..sha beli lauk dkt peniaga yg memang menjual..kalau yg jenis sethn sekali nmpk, mmg x berani nak beli..risau..

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.