BUDAK DITINGGALKAN VS AUTOLOCK

Semalam, viral sekejap pasal satu video seorang bayi terkunci di dalam kereta di hadapan Maybank. Boleh tengok video di SINI.

Bila tengok komen-komen pengguna Facebook, ramai yang menyelar ibubapa bayi tu. Macam-macam perkataan keluar. Tapi bagi IbuNoey, kalau marah sekalipun, janganlah sesuka hati keluarkan perkataan 'bodoh' kepada orang lain. Kamu tidak berada di dalam situasi sebenar, hanya menyaksikan video pendek berdurasi tak sampai dua minit pun. Kamu tak tahu apa permulaannya dan pengakhirnya.

Selain 'membodohkan' orang lain, ada juga yang sibuk nak dapatkan nombor plat kereta yang terlibat. Nak tanya sikit, kalau dah dapat nombor plat tu, korang nak buat apa pula? Nak lock mak bapa baby tu dalam kereta? Atau nak bagi steering lock kat mak bapa baby tu? Silap haribulan, korang yang kena lock kat Sungai Buloh nu..

Nak tahu cerita sebenar kes bayi tu? Jom baca komen mak bayi tu.

anak terkunci di dalam kereta, kecuaian mak bapa, kes anak terkunci di maybank



Berikut pula screenshot pengakuan si perakam video yang terbabas mengupload video dek emosi yang terlampau.


perakam video mohon maaf, upload video tanpa sengaja




Seriously, alasan emosi menguasai diri? Alasan logik ke kalau HANYA rakam video, tak membantu macam orang lain? Kalau rasa emosi dah menguasai diri, bantu teruslah, tak perlu rakam video. Tapi tak pelah, well done sebab sanggup minta maaf secara terbuka di dalam Facebook sendiri. Cuma, rasanya video tu dah banyak masuk dalam dinding Facebook page dan individu. Kalau masih ramai yang tak tahu kisah sebenar, macam mana pula tu? Still fitnah tersebar lagi kan?

Pengajaran: Pertama, berfikir sebelum bertindak. Kedua, jangan sesuka hati nak maki hamun orang lain.



Kongsi Artikel Ini :
+
Previous
Next Post »
6 Komen untuk "BUDAK DITINGGALKAN VS AUTOLOCK"

Baby tu baik pulak tak menangis pun walau dah ramai org dok kerumun kereta mummy dia.. Allah nak uji mummy dia.

Singgah pagi...
itulah kuasa laman sosial..
hanya sesaat je..hanya melihat..
Blm cukup untuk membuktikan perkara yang sebenar..
berhati-hati lah nak sebarkan sesuatu cter tu kan..:)

saya baca semalam pun geram sebab sesuka hati menuduh orang tanpa usul periksa..nak cepat glamer..upload video di facebook..

susah nak cakap, masalah ibu ayah atau masalah kereta.tapi lebih baik jgn ambil risiko tggalkan anak dalam kereta,lagi2 yang bayi kan..angkut jelah...takpon tinggalkan di rumah :)



Singgah blogwalking...:)
Nak tingkatkan metabolisme badan tak?jemput baca artikel ni:
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/cinch-tea-bantu-anda-kurus.html

kalau tak tau baik diam kn.. jadi mcm ni,.. kita yg ssh..

itulah org sekarang tak tahu usul asal cerite main nak serbu. Kan sekarang dah jadi viral video tu. Ramai org ingt parents bayi yg salah. padahal sebaliknya

Pendapat anda amat dihargai.

 
Copyright © 2014 Langit Berpelangi - All Rights Reserved - DMCA
Template By Kunci Dunia