Kita tak perlu terlalu berbangga jika mampu bertahan dengan sesuatu ujian yang diberi.
Kita tak perlu mencanang cara kita menghadapi ujian.
Kita tak perlu membandingkan antara cara kita menghadapi ujian dengan cara orang lain menghadapi ujian yang hampir sama dengan kita.
Kerana mungkin kita ada kekuatan tertentu yang tak sama dengan orang lain.
Kerana mungkin ada sedikit kelainan pada ujian itu walaupun nampak hampir serupa.
Kerana mungkin orang lain itu punya ujian lain yang lebih berat daripadamu.
Jadikan ujianmu sebagai penambah semangatmu, bukan untuk memperlekehkan orang lain. Sekian.
0 berkongsi idea
Pendapat anda amat dihargai.