BUAT MYKID ANAK

By Permata Malap - 9:30 am

anak dua tahun


Hari Jumaat lepas, minta kebenaran keluar sekejap daripada bos. Tujuan utama, nak buat kad pengenalan untuk Firas dan Farhan iaitu MYKid. Destinasi pilihan mestilah yang paling dekat iaitu di UTC Keramat Mall ni. Sebelum ni, dah pernah berurusan untuk renew lesen memandu dan kad pengenalan. So, dah tahulah selok belok UTC Keramat Mall ni. Kalau nak tahu apa kementerian/jabatan/agensi yang ada dalam UTC Keramat Mall ni, boleh rujuk entri Mini UTC Keramat Mall.

Panjang pula pendahuluan entri ni. Okey, kita mulakan pada isi entri ye. Setibanya di Keramat Mall, IbuNoey pun cari tempat parking. Selalunya IbuNoey parking kat basement. Untuk makluman, basement ni selalu full tau. Dan untuk cari tempat parking yang kosong kat kawasan ni, memang agak susah bagi yang belum biasa dengan selok belok kawasan ni. Kali ni, IbuNoey bernasib baik sebab ada parking kosong kat tepi bangunan Keramat Mall. Tapi jauh juga la nak menapak dari tempat parking menuju ke UTC Keramat Mall. Siap sesat sekejap. Ahaha, macam besar benar Keramat Mall tu.

Okey. Dah sampai di UTC Keramat Mall, IbuNoey pun masuk ke dalam Jabatan Pendaftaran Negara. Ada sorang lelaki sedang berdiri di kaunter pengambilan nombor. IbuNoey bagitahulah kat dia yang IbuNoey nak buat MYKid untuk anak. Lepas tu, IbuNoey bagitau yang Firas tu dah ada MyKid. Cuma MyKid dia yang jenis lama; tak ada nama ibu pada belakang MyKid. Katanya tak perlu buat baru dah, guna je yang lama tu. Ok, baiklah. So, ambil borang untuk permohonan MyKid Farhan je. Lepas dah isi borang, lelaki tadi bagi nombor giliran pada IbuNoey. Kemudian, IbuNoey pun duduk sementara menunggu nombor dipanggil.

Untuk makluman korang, keadaan kat sini agak sejuk tau. Tapi tak lah sejuk sampai beku. Cuma sejuk yang boleh membuatkan kita tertidur. Kena pula tak ramai orang. Dan kerana tak ramai orang itu, urusan selesai dengan agak cepat. Tak adalah cepat sangat, dalam 20 minit gitu. Sementara menunggu tu, dapatlah ambil gambar untuk entri dalam blog kan.

dokumen buat mykid, mykid untuk anak

Lepas nombor giliran dipanggil, IbuNoey pun pergi menghadap orang yang jaga kaunter urusan. Betul ke tak istilah ni, hentam sajalah. IbuNoey serahkan semua dokumen yang diperlukan iaitu kad pengenalan IbuNoey, salinan kad pengenalan IbuNoey, sijil lahir Farhan, dan salinan sijil lahir Farhan. Kalau korang nak buat MyKid, korang WAJIB bawa dokumen-dokumen macam yang IbuNoey sebutkan tadi. Kalau tak, tak lengkaplah permohonan korang jawabnya.

Selepas orang kat kaunter tu dah selesai kunci masuk maklumat yang diperlukan, dia pun print kertas macam kat bawah ni. PERHATIAN : Simpan kertas ni untuk urusan pengambilan MyKid yang dah siap nanti ye. Untuk UTC Keramat Mall, MyKid hanya boleh diambil selepas 3 bulan. Kalau UTC tempat lain, tak tahulah pula. Tapi kawan IbuNoey cakap, kalau UTC Jalan Duta, MyKid tu boleh siap dalam masa sehari je.

mykid siap sehari di utc

Selesai urusan MyKid. Bayaran? Tak ada bayaran. Lepas dah dapat kertas kat atas tu, IbuNoey pun berlalu pergi tanpa dikenakan bayaran satu sen pun. Korang nak buat? Buatlah cepat.

Waktu Operasi Standard Di UTC Keramat Mall:

Isnin-Ahad - 8.30 pagi hingga 9.30 malam/10.00 malam
Cuti Umum - TUTUP
Waktu Rehat - 1.00 hingga 2.00 petang (Selain Hari Jumaat), 12.45 pm hingga 2.45 pm (Hari Jumaat sahaja), dan 7.00 pm hingga 8.00 pm



  • Share:

You Might Also Like

4 berkongsi idea

  1. ohhh..MYKID yg baru ada nama Ibu kah?? hihi..tak tahu plak sy sis...
    last buat pun 5 thun dahulu....

    ReplyDelete
  2. saya dulu buat benda ni, suami yang uruskan
    memang tak tahu langsung...hehe
    tapi suami saya dulu buat masa buat surat beranak sekali

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.