FAHAMI DAHULU PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN!

By Permata Malap - 3:00 pm

Semalam, sebelum tidur, belek-belek facebook dulu. Skrol down, tengok-tengok kalau ada info atau panduan yang boleh dikongsi. Manalah tahu nanti boleh up entri berpandukan semua tu kan. So, skrol punya skrol, terjumpa 'sesuatu' yang dikongsi oleh kenalan Facebook IbuNoey. So, IbuNoey amati dan lihat gambar tu. Nak tengok? Nah, ni dia.

anak warga asing taraf warganegara

Maaflah, IbuNoey cuma ambil gambar sahaja. IbuNoey tak ambil screenshot komen orang yang up gambar ni dalam Facebook. Tapi melalui komen orang tu, jelas dia menyalahkan JPN. Seolah-olah JPN keluarkan sijil lahir tu dengan cara yang salah.

Bila skroll dan baca komen pembaca, sedih pula rasanya. Yelah, baca, like, sharing status dalam Facebook, bukan main laju je. Tapi sikit pun tak terfikir nak semak kenapa benda macam tu terjadi. Main tangkap muat dan bagi komen sesuka hati je. Kepada sesiapa yang tak tahu kebenaran di sebalik sijil lahir ni, mari sini IbuNoey nak kongsi apa yang IbuNoey tahu. Ini berdasarkan fakta tau. Bukan main hentam je.

Soal budak tu dapat warganegara, bukanlah kerana JPN tu makan rasuah ye. Dalam Perlembagaan Persekutuan, dah ada menyatakan seseorang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia di Persekutuan automatik dapat taraf warganegara jika ibu atau bapanya adalah Pemastautin Tetap. Dalam kes di atas, kan mak budak tu Pemastautin Tetap? So, apa nak dibahaskan lagi, apa yang silap lagi, apa yang makan rasuah lagi? Nak bukti lagi? Cuba buka atau cari Perlembagaan Persekutuan. Tengok pada Jadual Kedua, Bahagian II, Seksyen 1, Perenggan (a) berkenaan Kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang bagi orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia. Semuanya dinyatakan dengan jelas dalam tu. 

Soal budak tu berbintikan Abdullah, memang kesianlah kalau orang Islam pun tak tahu pasal benda ni. Yang ni, IbuNoey tak nak terangkan. Pandai-pandailah korang google dan cari info yang sahih. Jangan rujuk sangat Facebook tu. Banyak benar info mengarut dalam tu. Nak sharing, nak sakit hati, nak melenting, suka hati korang la. Tapi make sure bersesuaian. Ingat, cari info dulu. Jangan main hentam. Kalau tak, terserlah kekurangan akal di situ. 

  • Share:

You Might Also Like

2 berkongsi idea

  1. nice.. fikir dahulu sebelum meluahkan sesuatu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup,pha is.dalam kes ni,IbuNoey bukan nak sokong anak bukan warganegara boleh dapat taraf warganegara.yang IbuNoey tak suka tu bila orang-orang tertentu tuduh JPN makan rasuah.kalau dah namakan JPN makan rasuah,semua yang kerja kat JPN tu makan rasuah ke.sedangkan orang-orang bawahan hanya buat ikut arahan dan peraturan yang dikeluarkan.tak bolehlah nak labelkan semua yang kerja JPN tu makan rasuah.fitnah namanya tu.

      by the way,IbuNoey tak kerja di JPN pun.hehe.

      Delete

Pendapat anda amat dihargai.