ADUHAI MATA

By Permata Malap - 7:03 pm

Hari ni dah masuk hari ke-5 IbuNoey sakit mata. Nak buat kerja memang payah. Kesian anak-anak tak terlayan. Nak buat macam mana, mata tak boleh nak buka. Cuma hari ni je boleh buka dengan jayanya. Tu pun pemandangan sebelah kiri memang kabur. Macam ada kabus-kabus gitu. Tapi mujur AyahMal ada.

Mata IbuNoey ni dah lama bermasalah. Seingat IbuNoey, ada beberapa kali IbuNoey berkongsi luahan pasal sakit mata IbuNoey ni. Yang selalu bermasalah ni mata sebelah kiri. Dulu, rasanya seawal bulan Ogos, mata kiri ni cuma ada ketumbit biasa. Lepas dah tumbuh sebiji, hilang, dan muncul pula sebiji lagi. Tapi yang problemnya tu, tak ada 'mata'. Jadi, memang melekat kat situ je la. Picit-picit pun tak nak keluar.

Agak lama juga nak tunggu ketumbit tak ber'mata' tu hilang. Lepas ketumbit dah hilang, mata pula asyik merah je. Tapi merahnya tak teruk mana la. Kadang gatal, kadang berair. Sebelah kiri je, yang sebelah kanan normal macam biasa. Ada masanya ketumbit kecil muncul kat kelopak mata bawah. Lepas tu hilang. Lepas tu, mata merah pula. Berapa kali dah jumpa doktor. Doktor just bagi antibiotik dan ubat sapu je.

Dan kemuncaknya, hari Selasa yang lepas. Masa tu, ada pertandingan mereka 'bunting' sempena Hari Inovasi di jabatan IbuNoey. Paginya tu memang IbuNoey perasan ada ketumbit kecil kat kelopak mata bawah. Mata pun ada bengkak sikit tapi ignore je. Dok syok buat 'bunting' tu, member tegur bagitau mata dah merah sangat. Patutlah makin lama mata makin berat. Bila tengok cermin, fuh, agak menyala. Tapi tetap teruskan juga buat 'bunting' tu.

On da way balik rumah, drive agak berhati-hati sebab mata sebelah macam nampak tak nampak je. Kabur, pedih, sakit macam kena cucuk-cucuk tapi tak gatal. Mujurlah selamat sampai di rumah. Esoknya, pegi klinik jumpa doktor kejap. Doktor pun risau tengok keadaan mata IbuNoey. Dia bagi ubat dan surat refer klinik pakar kat HAT Mizan. IbuNoey bagitau doktor tu mungkin esok je IbuNoey pergi HAT Mizan sebab suami tak ada hari ni. Doktor kata boleh jer.

So, keesokan harinya lagi iaitu hari Khamis, pergilah ke klinik pakar di HAT Mizan, jumpa doktor. Tak tahulah yang check IbuNoey tu doktor pakar ke tak. Tapi al-hamdulillah, hari ni mata dah beransur pulih. Tak de la pulih 100%. Cuma dah tak sesakit sebelum ni dan semalam. Yang penting boleh buat kerja rumah sikit-sikit walaupun kena pakai sunglasses kat rumah. Ahaks.

mata merah
Gambar sekadar hiasan

Okeylah, next time la pula sambung cerita pasal mata ni. Banyak lagi nak kongsi sebenarnya pasal sakit mata IbuNoey ni. Nanti mata dah pulih bebenor, baru kongsi lagi.

So, kepada kengkawan bloggers, maaf, buat masa ni tak boleh nak blogwalking, balas jejak, atau join GA. Ni pun update entri guna Bloggeroid ni. Doakan IbuNoey cepat sembuh ya!

  • Share:

You Might Also Like

3 berkongsi idea

  1. Bunda selalu jugak kena ketumbit mata.. boleh dikatakan dalam 2 3 bulan sekali mesti jadi. dah bermacam ubat titis, cara tradisional bunda buat, tetap jadi.

    Ketumbit bunda ni jenis yang berbiji tapi bukan ditepi2 kelopak atas atau bawah, tapi jadi dalam kelopak. Bayangkan, kalau sebelah atas...hampir menutup lebih dari separuh mata bunda. Lama pulak nak kecut dan baik sepenuhnyer...hampir 2 minggu..sengsara pandangan rasanya. Sakit berdenyut2 lagi.

    Pada suatu hari bunda ada beli produk 'jerslin oil'.. bunda lihat promo kat tv tu macam2 boleh guna untuk rawatan dengan produk ini.

    Kebetulan masa tu ketumbit bunda baru nak menjadi lagi..rasa tak selesa dan merah bawah kelopak mata. So bunda try sapu dengan jerslin oil, sampai belah dalam yang bengkak pun bunda sapu. Bunda sapu 3 kali hari tu jer... pada malamnya bunda lihat ketumbit tidak membesar, sakit dah kurang.. pada petang keesokkannya bunda lihat ketumbit dah surut dan tak merah lagi.

    Sampai harini bunda tak pernah kena ketumbit lagi...walaupun takder ketumbit, bunda rajin sapu kedua mata dengan jerslin oil.. penyakit 'taik mata' dan 'mata berair' pun dah hilang...Alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih,bunda,sebab kongsi pengalaman.in shaa Allah,IbuNoey usahakan cari minyak tu.

      Delete

Pendapat anda amat dihargai.