PHI : TERCEKIK TULANG

khasiat nasi, tercekik tulang ikan


Masa kecil-kecil dulu, makanan wajib kami sekeluarga adalah ikan. Maklumlah, harga makanan laut di Sabah kan murah. Sampai ke hari ni pun harga makanan laut tetap murah. Kalau kena musimnya, sekilo ikan basong (ikan sardin) hanya berharga RM2.00! Memang pulun la kan. Kalau digoreng lepas tu makan dengan nasi panas, cicah pula dengan sambal kicap, memang terangkat la. Dalam pada terangkat tu, kadang tercekik tulang la pula. Tu la, gelojoh sangat makan tu.

So, apa yang kami buat? Arwah mak selalu suruh kami kepalkan nasi. Kepal agak-agak kami boleh telan la. Lepas tu, terus telan nasi tu, jangan kunyah. In shaa Allah hilanglah tulang yang melekat kat kerongkong tu. Kalau tak hilang juga, arwah mak suruh kami minum sejenis minyak yang arwah nenek sedara kami buat. Minyak tu namanya Minyak Suri, diperbuat daripada minyak kelapa. Al-hamdulillah, minyak ni pun banyak membantu. Cuma, sekarang ni tak boleh dah nak dapat minyak ni.

So, kepada korang yang tercekik tulang ikan tu, bolehlah cuba kepal nasi mengikut saiz yang rasa-rasanya korang boleh telan. Jangan kecil sangat sebab nanti tulang tu tak teralih. Jangan besar sangat sebab nanti korang tercekik nasi pula. Pandai-pandailah ye. Erm, kalau untuk tercekik tulang ayam atau daging, rasanya tak sesuai kot. Hehehe. Okey, selamat mencuba.
Kongsi Artikel Ini :
+
Previous
Next Post »
1 Komen untuk "PHI : TERCEKIK TULANG"

eh parent saya juga ajar benda yang sama
nasi tu perlu dikepal kalau tercekik tulang ikan
tapi saya tak penah buat...hehe

Pendapat anda amat dihargai.

 
Copyright © 2014 Langit Berpelangi - All Rights Reserved - DMCA
Template By Kunci Dunia