BERITA GEMBIRA

By Permata Malap - 2:13 pm

comel, bayi comel, anak perempuan, hamil anak perempuan

Setelah menyepi selama hampir 6 bulan, akhirnya daku kembali menerjah dunia blogger. Satu tempoh yang agak lama kan. Hampir je nak tutup blog ni sebenarnya. Sebab macam rasa dah tertewas dengan keadaan kesihatan mata yang kurang mengizinkan. Tapi al-hamdulillah, semangat untuk berblog kembali menerjah. Harap berkekalan la hendaknya.

Dan sempena entri pertama setelah senyap selama setengah tahun tu, daku nak bagitahu yang daku tengah mengandung anak yang ketiga. Al-hamdulillah, kandungan dah mencecah 5 bulan. Ini kiranya mengandung kali ke-5 la kalau termasuk yang dah gugur. 

Mengandung kali ni agak 'extreme' rasanya atas dua sebab. Yang pertamanya, baru sebulan lepas gugur seperti yang daku ceritakan dalam entri SINI, daku dah mengandung sekali lagi. Kalau diikutkan, agak kurang sesuai la sebab sepatutnya perlu berpantang lama sikit. Sengkak rahim pun daku tak menyempat nak buat sebab tukang urut tu cakap, kalau keguguran ni tak boleh sengkak dulu. Urut biasa je boleh. Tunggu selepas 90 hari rasanya, baru boleh sengkak. Tapi dah diberi rezeki, takkan nak tolak kan. Manalah tahu kali ni dapat gegurl pula.

Yang keduanya, mabuk hamil yang agak teruk. Memang teruklah kalau dibandingkan dengan sebelum ni. Nasib baiklah masa tu daku tengah cuti tanpa gaji. So, tak adalah istilah ponteng memanjang. Itupun bila dah masuk kerja, masih lagi rasa kurang sihat. Yang tak bestnya, raya tahun ni memang daku tak enjoy sangat. Raya pertama enjoy setengah hari je. Menjelang petang tu, dah 'lemas'. Raya kedua memang haru la sebab dok baring je dalam bilik, demam weh. Anak-anak memang under pantauan suami je la. Lepas tu, dari segi makan, daku memang tak boleh nak sentuh ketupat, rendang, lemang, kuah kacang, dan segala menu hari raya. Sebab memang tekak dan perut tak boleh nak terima. Apa yang dimakan, itulah yang akan keluar semula. Jadi, daku hanya mampu melihat.

Itulah keadaan 'extreme' yang aku hadapi masa mengandung kali ni. Walaupun agak 'extreme' tapi daku berdoa semoga kandungan daku ni sihat walafiat, cukup sifat, dan dipermudahkan proses melahirkannya nanti. In shaa Allah... Lepas ni, mungkin entri aku pasal kandungan je la kut. Ahahaha.



  • Share:

You Might Also Like

2 berkongsi idea

  1. jaga diri n kandungan baik-baik ya kak

    tahniah =)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah
    dah tak lama tu..
    take care ibu noey..
    smga dipermudahkan semuanya..

    cer try pati delima.
    su pnh cuba alhamdulillah serasi bersama. masa tu asyik loya pastu, nak muntah. asal gosok gigi muntah. kepala pening lalat. dgn nk demam batuk bagai tp x berani nk mkn ubat takut side effect dgn baby.
    su try pati delima masa usia kandungan nk masuk 2-3 bulan gituu.. alhamdulillah, sampai bersalin su mnm. tak ade dah loya, muntah pening kepala semua. hb cntik, kesihatan alhamdulillah mkn mnm pon lancar..

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.