Pagi ni, lewat sikit pergi ke pejabat sebab pergi klinik sekejap untuk ambil ubat mata. Memandangkan tengah preggy sekarang ni, kalau check kesihatan tak kisahlah mata ke, sakit pening ke, memang kena guna buku merah tu. Jadi, segala tekanan darah, denyut jantung baby perlu diperiksa oleh bidan atau jururawat yang bertugas.
Nak dijadikan cerita, semasa pergi ke bilik bidan untuk check jantung baby, terdengar keluhan seorang bidan ni kepada rakan sekerja dia yang sorang lagi. katanya dia letih sangat hari ni sebab kena check 9 orang ibu mengandung sedangkan Staff Nurse cuma check 4 orang je. jadi kiranya kerja tu tak balance la. lepas tu Staff Nurse pula suka mengelak kalau perlu handle ibu mengandung yang ada special case. yelah, risiko kan lebih tinggi. erm, dengar perbualan dorang tu, simpati juga dengan bidan tu. tapi nak buat macam mana kan.
Sebenarnya bukan mudah nak menjadi ketua ni. lebih tinggi pangkat, lebih banyak tanggungjawabnya. tapi kadang-kadang ada yang ambil sikap sambil lewa sehinggakan anak buah rasa terbeban pula. daku buat masa ni, di pejabat baru ni, al-hamdulillah, orang atasan aku kebanyakannya memang bertanggungjawab. tak pernahlah sorong tugasan sendiri untuk anak buah buatkan. bukan nak mengampu ye. tak de maknanya aku nak mengampu sebab sorang pun rakan sepejabat aku sekarang tak tahu yang aku ni blogger.
Jadi, kepada sesiapa yang membaca coretan daku ni, beringatlah, bila dah jadi ketua tu, ada anak buah, janganlah pandang anak buah tu sebagai kuli. pandanglah dia sebagai rakan sebab tanpa mereka, tak smooth perjalanan sesuatu tugasan tu. yang anak buah tu pula, kalau ketua tu jenis yang tak berkira, jangan pula ko ambil kesempatan. tak manis tau anak buah membuli ketua. ahahaha. peringatan ini pun boleh jadi rujukan buat daku. So, marilah kita bekerjasama ye. Bak nyanyian Wonder Pets, 'apa yang penting, kerjasama.'
1 berkongsi idea
assalam ibu noey
ReplyDeletenway tahniah ye dah berapa bulann tu ?
take care k
betul tu..
kena kerjasama bru lah baik baik aje semua.. happy nk g kja. nak buat itu ini. kang tak pepasal nurse lepas kat ibu ngandung. oh no no no
Pendapat anda amat dihargai.